Infozon
Jangan kahwin dengan wanita Johor selagi tidak hadam 14 perkara ini

1. Tetapkan tarikh pernikahan
Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum sudah kena buat persediaan untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah Jumaat, majlis Sabtu.
2. Hadir kursus kahwin
Hadir kursus kahwin dengan bayaran RM120 untuk dua hari tidak silap. Syarat hadir kursus kahwin, mesti sudah siapkan gambar bersongkok (lelaki), Berbaju kurung menutup aurat (wanita). Biasanya pejabat kadi pun ada anjurkan kursus kahwin di kawasan masing masing. Selesai kursus dapat sijil. Guna untuk permohonan nanti. kalau dah hadir lama, kena buat ulangkaji semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.
3. Lengkapkan permohonan baru di pautan online
Buat permohonan di http://encr.johor.gov.my/ Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada juga pakai online, ada juga borang kena ambil di pejabat. Kedua pasangan perlu kemukakan permohonan baru.
4. Cetak borang berkaitan yang ada dalam pautan ENCR
Selepas anda lengkapkan permohonan baru di pautan ENCR tu. Anda boleh muat turun slip permohonan kebenaran nikah, Borang laporan kesihatan (HIV), Senarai semak dokumen, dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Anda dah boleh muat turun atau terus cetak borang borang tu dari pautan web EncrJohor itu.
5. Buat pemeriksaan HIV di poliklinik terdekat
Borang yang dah dah di muat turun tu, sila cetak, siap dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Hanya sah klinik/poli klinik kerajaan tau. Kalau Swasta tak terima.
6. Jumpa ketua kampung mukim tempat kita tinggal
Hanya maklumkan kepada mereka yang kita mahu bernikah, mahu surat akuan diri, ketua kampung akan keluarkan borang khas daripada ketua kampung sendiri. siap tandatangan n cop. Maaf, borang ini tiada dalam pautan ENCR tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus Felda.
7. Tentukan siapa saksi borang kita
Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad ya.. Saksi borang mesti lelaki selain adik beradik. Saya guna kawan lelaki. Dapatkan tandatangan dan salinan MyKad kedua saksi borang tersebut.
8. Sediakan semua dokumen sokongan
Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermustautin (jika beralamat Johor, dan mahu bernikah di KL sebab tinggal di KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, Sijil nikah Ayah & Ibu (untuk pasangan perempuan) dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi.
9. Bersedia untuk ditemuduga
Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu Submit & buat pembayaran di pejabat Kadi, dan selepas itu anda akan di temuduga.
10. Pakaian semasa temuduga
Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan bersongkok, mana perempuan baju melayu. Kalau tak kena marah nanti. hehe
11. Jawab soalan temuduga
Saya ada kongsikan soalan temuduga sebelum ni. Tapi pastikan lah, tahu kalimah syahadah beserta maksudnya. Tahu bacaan Al-fatihah sebab memang baca dalam solat, Tahu bacaan Qunut, sebab bacaan dalam solat subuh. Lain-lain kalau tak ingat tu, tak apa. Yang disebutkan tadi kalau tak lepas, kena balik bertalaqi lutut ke lutut dengan imam kawasan. Mana boleh nak nikah mengucap pun tak reti. Sebab perkahwinan bukan sekadar berkahwin jerr, tapi adalah membina zuriat beragama islam tau.
12. Selepas lulus temuduga, pejabat kadi akan serah fail khas
Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti. Nanti pejabat akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada tok imam. Tok imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di fail.
13. Bayaran upah imam dan saksi akad nikah
Kita siapkan siap siap dalam sampul. Ada tiga sampul tak silap saya. Biasa bayaran upah ini pejabat kadi akan maklumkan berapa. Kalau tak tahu, tanya imam. 1 sampul untuk imam, dua sampul untuk saksi.
14. Praktis lafaz akad
Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktik sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, “..Aku terima Nikah………(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai..”

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit