Connect with us

Infozon

‘Jangan Berani Nak Pakai Kereta Kalau Tak Hadam 30 Perkara Ini’ – Abang Mekanik

Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dan kalau ada yang tertinggal tolong tambahkan di ruangan komen ni agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.

1. Minyak hitam – mengikut paras had & jenis minyak
2. Penapis minyak – tukar semasa menukar minyak hitam
3. Spark plug – tukar setiap 30,000 km
4. Bateri sel basah – tambah air setiap kali servis
5. Timing belt – tukar setiap 80,000km
6. Clutch plate – mengikut keadaan
7. Fuel filter – tukar setiap 30,000km
8. Air filter – tukar setiap 30,000km
9. Gear oil – tukar setiap 20,000km
10. Brake fluid – mengikut keadaan
11. Brake pad – mengikut keadaan
12. Power steering fluid
13. Radiator coolant – tukar setiap 40,000km
14. Wiper – tukar setiap 30,000km
15. Air conditioner – servis filter dan suis dibuka 1/2
16. Tayar –  pam pada setiap bulan
17. Radio – pastikan ditutup pada setiap mati enjin
18. Radiator – pastikan dibersihkan menggunakan air paip
19. Fan radiator & aircon – pastikan kipas hidup bila temp 1/2
20. Lamp bulb – periksa lampu setiap minggu
21. Steering alignment – servis setiap 20,000km
22. Power window – periksa setiap suis power window
23. Lampu signal – beli kereta memahal kalau membelok tidak reti nak beri signal sila pergi meninggal
24. Angin tayar ganti dan spanar pembuka tayar serta jack – pastikan sentiasa ada
25. Kalau letak kereta di tengah panas pastikan tukar lubang angin aircond tu pkai udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas keluar
26. Bagi kereta jenis injection pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning dah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkn begitu.
27. Sentiasa rajin check fan belt – pastikan dalam keadaan baik
28. Bagi pemilik kereta automatik, pastikan enjin panas terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak.
29. Jangan main tambah-tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam
30. Bagi enjin jenis yang pakai karburator, pastikan tekan pedal minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang pakai karburator ini memang susah sikit mahu hidup. Kalau mahu senang hidup, tekan pedal minyak sekali sahaja sebelum start .Kebaikannya juga stater motor tahan lama .Enjin yang susah hiduplaj punca stater cepat rosak.

31. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk ke bengkel untuk servis mintak tolong abang-abang pomen periksa kereta anda A to Z agar anda mudah tahu kalau-kalau ada benda-benda yang bermasalah dan perlu ditukar.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending