Connect with us

Infozon

“Jangan berangan nak kurus kalau setakat minum air detoks semata-mata…”

Ramai rakyat Malaysia gemar memilih jalan mudah untuk mengurangkan berat badan mereka dengan mengamalkan meminum air detoks yang dikatakan dapat membuang toksin dan lemak dari dalam badan.

Air detoks merupakan minuman campuran buah-buahan seperti anggur, epal, tembikai, epal, kiwi atau strawberi dan disatukan dengan hirisan timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air kemudian disejukkan dalam peti sejuk selama dua jam sebelum diminum dengan kerap.

Selama bertahun-tahun masyarakat kita telah dimomokkan dengan pelbagai kebaikan air detoks ini yang dikatakan dapat membersihkan tubuh dari segala kotoran dan sekaligus dapat membantu melicinkan kulit dan membakar lemak pada tubuh badan.

Namun menurut Dr. Amalina, amalan meminum air alkali, air detoks dan lain-lain sebenarnya tidak dapat membantu mengurangkan berat badan. Sebaliknya, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan meminum air biasa dan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Beliau yang telah memuat naik sebuah tweet di akaun Twitternya turut menasihatkan orang ramai supaya turut melakukan senaman setiap 3 atau 4 kali seminggu sekiranya mahu mengurangkan berat badan.

Konklusinya, jangan mudah percaya dengan apa yang tular di laman media sosial mahupun percaya dengan kata-kata netizen terutamanya dalam pengambilan mengurangkan berat badan. Haruslah rujuk kepada yang lebih pakar demi dapatkan tubuh badan yang sihat.

Sumber : Dr. Amalina

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending