Connect with us

Infozon

Jangan beli rumah lagi tahun ini

Nak beli rumah ni perlukan komitmen, kebiasaannya 30 tahun. Lain la kalau ko beli cash. Ko pulak tu jenis cukup-cukup makan je, jadi mampu beli rumah untuk duduk sendiri dan bukan rumah for investment. Jangan beli lagi!

Rumah untuk tinggal dengan keluarga sendiri ni perlu menepati banyak kriteria yang perlu match dengan banyak benda dalam urusan hidup ko. Paling penting adalah tempat kerja. Lama-lama nanti, bila dah ade anak, faktor seperti tempat asuhan/tadika/sekolah semua perlu diambil kira juga.

Nenek moyang kita selalu tekan kepala otak kita, habis je belajar, terus kerja lepas tu WAJIB beli rumah sebab “harga rumah akan naik”. Maka, korang pun beli la rumah murah (sebab gaji kecik) yang kat ulu banat, 2 jam 30 min dari tempat kerja ko.

Lantas ko pun dengan bongkaknya menyanyikan lagu “kalaau beli kereta mewah tapi duduk rumah sewaaa…amboiiiii…amboiiii” sambil jeling-jeling kat Lamborghini Huracan warna biru cair aku tu. Aku tak terasa, ok!

Pukul 5.30 pagi ko dah kene keluar rumah, solat kt R&R, hadap jem macam cilaka untuk sampai office jam 8.30 pagi. Balik pulak hadap lagi skali jem, sampai rumah pukul 9.30 malam, anak bini ko dah ready nak tido. Kehidupan ko stress, perut ko penuh air tangan mamak, indon, thai dan ayam goreng mcD (kalau ade stock).

Waktu itu aku pula dengan bongkaknya menyanyi “Kalau awal beli rumah tapi hidup macam banglaaaa…adoiiii..adoiii..”

Paling best, company yang ko sedang memperhambakan diri tu relocate! Waktu tu ko ade dua pilihan je. Pindah rumah yang ko beli tu atau keluar rumah pukul 3 pagi, sampai rumah pukul 11 malam! Rumah ko beli tu dah keluar, nak kene sewakan, tapi tak laku pulakk. Tak de orang nak sewa, nak jual kalau ade orang nak beli pun bukan esok boleh dapat duit. Berbulan lamanya!

Waktu ini ko akan sedar, biar la nanti rumah naik harga pun, sebab takkan ada yang mampu ganti MASA ko. Nilai masa tu akan supersede “harga rumah mahal” ko tu!

Adoi adoi adoiiiii!!

Adik-adik, tunggu. Jangan gopoh. Jangan ikut orang. Penasihat pelaburan hartanah ni pun sebenarnya tengah pening dengan kehidupan diorang. Diorang pun lebih kurang macam korang je.

Build up your career first, build your family too. Sebab kita takkan tahu di mana dan bila kita nak settle down waktu awal-awal kehidupan lepas “keluar sangkar”. Be in the position to demand, not to be pressed down. Sekarang ni, ko kene follow (terpaksa) sebab ko takde capacity to demand. Ko beli rumah kat Dengkil tu bukan sebab ko suka duduk Dengkil, tapi sebab itu je ko mampu! Bila dah ada duit, ko mampu untuk beli rumah yang lebih sesuai dengan kriteria-kriteria yang match dengan hidup ko dan keluarga.

Sekian,

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending