Infozon
JAKIM Sahkan Biskut Sembahyang Orang Cina Halal

Kami pasti ramai juga yang gemarkan biskut ini dan ia pasti mengimbau kenangan ketika sedang membesar. Akan tetapi baru-baru ini telah viral di laman sosial media yang mendakwa ‘biskut sembahyang orang Cina’ yang dikeluarkan oleh syarikat Iced Gem itu tidak halal dan mengandungi lemak haiwan yang haram.
Sehubungan dengan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan status halal biskut ini melalui laman Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM.
Menerusi kenyataan itu JAKIM mengesahkan syarikat menghasilkan biskut ini mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah dan tidak mengandungi bahan-bahan yang terlarang atau lemak haiwan yang tidak halal serta bercanggah dengan syariat Islam.
Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM telah membuat semakan lanjut unit berkenaan biskut tersebut dan mendapati biskut jenis itu telah didaftarkan dalam sistem mereka.
“Perkara ini disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab, sekali gus mengundang keresahan dalam kalangan pengguna,” katanya.
JAKIM turut menasihati para pengguna supaya berhati-hati dalam memilih makanan yang halal dan perlu mengutamakan produk yang mempunyai sijil atau logo Pengesahan Halal Malaysia atau logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM.
“Untuk semakan lanjut berkenaan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM, orang ramai boleh melayari www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim,” katanya.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit