Infozon
Jahit Baju Koyak Guna Tali, Warga Emas Tersenyum Dapat Makanan Percuma

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu sering kali kita dengar dan pastinya merujuk kepada individu yang ditimpa kesusuahan.
Namun begitu, bagi kita yang masih mampu untuk menghulurkan bantuan, tidak salah jika kita mencuba untuk mengukir senyuman di wajah mereka dengan sedikit sumbangan kecil.
Baju & seluar koyak-rabak
Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, dia telah memuat naik gambar seorang lelaki warga emas yang berpakaian agak daif apabila baju dan seluar yang terkoyak dijahit hanya dengan tali rafia.
Gembira dapat bantuan makanan
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki warga emas itu kelihatan gembira apabila dihulurkan bantuan makanan dan tersenyum apabila gambarnya diambil.
Dapat dilihat dengan jelas pakaian dan seluarnya yang koyak hanya dijahit menggunakan tali rafia berwarna kuning.
Menerusi sumber lagi, walaupun dia tidak mengetahui sama ada lelaki itu benar-benar miskin ataupun sekadar memakai pakaian yang sudah rosak, dia tetap akan membantunya pada masa akan datang dengan memberikan pakaian baharu.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang nyata berasa simpati dengan nasib lelaki itu. Mereka berharap ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan agar dia dapat berpakaian dengan lebih selesa.
Sumber : Facebook

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit