Inspirasi
Jaga Ibu Orang Lain Seperti Ibu Sendiri, Orang Gaji Lindungi Warga Emas Dari Hujan, Tak Kisah Basah Kuyup

Kerana sibuk dengan pekerjaan, kebanyakan anak-anak kini hanya mengupah orang gaji sebagai penjaga untuk menguruskan ibu bapa mereka yang kian lanjut usia. Namun bukan mudah untuk memastikan penjaga tersebut melaksanakan tugasan dengan seikhlas hati.
Berbeza pula dengan kisah ini, apabila seorang wanita yang dipercayai penjaga seorang warga emas telah bertindak menolak kerusi roda di tengah-tengah hujan, sambil memayungkan warga emas jagaannya walaupun dirinya terdedah dengan hujan yang agak lebat ketika itu.
Tindakan orang gaji itu, telah menarik perhatian seorang netizen yang memuat naik kisah tersebut di laman Weibo.
Basah dan tidak berpayung!
Tambahnya lagi, penjaga tersebut seakan tidak kisah apabila dirinya dibasahi, asalkan warga emas tersebut terlindung dari hujan. Perkara tersebut dilihat sebagai satu sifat yang terpuji dan meruntun jiwa yang melihat.
Patut dicontohi oleh semua!
Tidak semua orang boleh menjaga ibu bapa insan lain seperti menjaga ibu bapa mereka sendiri . Orang ramai telah memberikan pujian kepada orang gaji itu kerana menjalankan tanggungjawabnya dengan baik serta penuh dengan kasih sayang.
Sumber: Era Baru.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit