Cute
Jaga Anak Monyet Penuh Kasih Sayang, Si ‘Jaguar’ Rupanya Ada Muslihat Tersendiri!

Kadang kala, kewujudan haiwan-haiwan di sekeliling manusia memberi 1001 manfaat sama ada secara langsung ataupun tidak. Malah, gelagat dan aksi lincah mereka juga mampu membuatkan seseorang tertawa dan menghilangkan stress tanpa sedar.
Perkongsian dari seorang jurugambar hidupan liar Thomas Retterath, telah berhasil meraih perhatian orang ramai dengan telatah dari seekor harimau jaguar bersama anak belaannya iaitu monyet yang masih kecil usianya.
Menurut perkongsian berkenaan, jaguar ini menggunakan anak monyet tersebut sebagai umpan untuk menarik sekumpulan monyet dewasa yang lain menyelamatkan anak monyet berkenaan dan sekali gus kucing besar ini akan mendapatkan makanan yang lebih lazat dan besar!
Lebih menarik, haiwan berketurunan kucing itu dilihat tidak membunuh serta memakan monyet kecil terbabit, sebaliknya jaguar berkenaan bermain-main dengan monyet kecil yang ditangkapnya! Tambahan pula, harimau betina itu dikatakan menggigit bayi kecil itu dengan lembut agar badannya tidak tercedera dan membawanya seperti anak sendiri.
Malah turut dikatakan, selepas 30 minit memerhati kelakuan binatang-binatang berkenaan, anak monyet itu masih lagi dibawah jagaan harimau jaguar dan tiada kelibat monyet dewasa kelihatan untuk menyelamatkan si kecil itu.
Sumber: Himpunan Cerita Lawak.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit