Connect with us

WTF

“Jadi Telefon Lepas Terima Vaksin…” – Teori Anti-Vaks Ini Buat Netizen Geli Hati

Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) antara program yang giat dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha menangani dan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, tidak semua menyahut baik program tersebut malah terdapat segelintir pihak yang masih takut dan tidak percaya dengan keberkesanan vaksin.

Di Twitter seorang pengguna telah berkongsi sebuah rakaman suara WhatsApp yang mencuit hati netizen.

Rakaman suara pejuang anti-vaks yang sedang bercerita dengan nada yang bersemangat tinggi mengenai kesan dan keburukan vaksin.

Tepuk lengan tempat cucuk vaksin dah boleh call mak ayah

‘Dalam barang ini ada mikrocip yang akan menyebabkan jika 5G diaktifkan, kita akan menjadi TELEFON!’

Teori yang dikemukakan itu telah mengundang gelak tawa netizen yang rata-ratanya terhibur dan turut meninggalkan komen yang lucu.

Tak sangka banyak juga kelebihan jika dapat jadi sebuah telefon.

Jimat duit tak perlu beli telefon baru

Seorang netizen sempat berseloroh dengan mengucapkan syukur kerana vaksin ini mampu menyelamatkan duitnya sendiri kerana tidak perlu lagi berbelanja untuk membeli sebuah telefon baru.

Advertisement

Mungkin dendam, teringat karangan aku sebuah telefon

Bagaimana nak berjalan kalau dah jadi telefon?

Seorang pengguna lain turut berkongsi reaksi anaknya yang berusia 7 tahun yang turut kebingungan selepas mendengar rakaman suara tersebut.

Sumber: Twitter @Junesalman

Continue Reading
Advertisement

Trending