Connect with us

Infozon

Jadi Merekah Ketika Makan, Kanak2 Derita Penyakit Kulit Kering & Bersisik

Jika sebelum ini seorang kanak-kanak di India mempunyai badan bersisik dan keras macam batu, sama juga seperti cerita ini namun ada sedikit perbezaan iaitu budak ini memiliki kulit yang sangat kering tetapi bersisik sejak berusia tiga tahun.

Budak berusia tujuh tahun itu menghidap penyakit kulit yang menyebabkan kering dan gatal tetapi keluarganya tidak mampu untuk membuat rawatan di hospital.

Babita tinggal di kampung Dumka yang terletak di Bhagoya, India. Dalam keadaan kulitnya begitu membuatkan aktiviti fizikal biasa seperti berjalan dan duduk menjadi sukar.

Dia tidak pergi ke sekolah dan perlu mengunyah perlahan-lahan ketika makan kerana kulitnya akan merekah apabila dia cuba merenggangkan otot.

Babita banyak meluangkan masa di rumah kerana kanak-kanak lain takut untuk bercakap dan bermain bersamanya. Pendapatan keluarga Babita sebulan hanya RS5000 (RM289.89) dengan menjual hasil tanaman mereka.

Pendapatan sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu tidak mampu bagi melakukan rawatan untuk Babita yang terus menanggung sakit sementara mereka mencari penawar untuk penyakit berkenaan.

Pakar bedah, Dr. Ananth Kumar yang bekerja di hospital kerajaan mengendalikan kes mengatakan keadaan Babita boleh disembuhkan dan meluahkan hasrat ingin membantu keluarga tersbebut.

Sumber: Daily StarĀ 

Continue Reading
Advertisement

Trending