Connect with us

Cute

“Itu Kucing Saya…” – Tular Masuk Berita Bawa Lari ‘Oyen’, Akak Baju Putih Nafi Culik Kucing

Hari ini tak pasal-pasal seorang wanita dituduh melarikan seekor kucing, gara-gara kelibatnya muncul di dalam footage laporan berita baru-baru ini sehingga menjadi tular diperkatakan.

Menerusi laporan Gempak, wanita itu dikenali sebagai Mayamin Husna Hisham, kucing ‘oyen’ itu sebenarnya memang miliknya dan bukanlah dilarikan seperti yang diperkatakan.

Masuk berita lari bawa kucing

Ketika kejadian, dia kelihatan bergegas kerana sedang membersihkan kucingnya yang terbuang air besar di dalam kereta, ketika dia berhenti di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Selangor.

“Kebetulan berdekatan dengan R&R Sungai Buloh, jadi saya singgah cuci carrier dan badan kucing yang terkena najis. Akhir sekali kucing oren bernama Neski…”

Bukan culik kucing

Mesra disapa Maya, dia berkata dalam keadaan kelam kabut dan risau baju terkena najis kucing ketika itu, membuatkan dia tidak perasan rupanya wartawan sedang membuat liputan.

“Sebab saya berlari takut baju kotor tapi pada masa sama takut bila nampak abang-abang polis dan askar ramai-ramai. Tak sangka pula ketika itu ada pihak wartawan sedang buat laporan…”

Gadis berusia 22 tahun ini, tidak menyangka rakaman footage berkenaan tular hingga ada yang menyangka dia menculik kucing berkenaan.

Sumber : Gempak

Continue Reading
Advertisement

Trending