Connect with us

Infozon

Istiwa A’dzam: Matahari Tepat Atas Kaabah, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat 28 Mei Ini

Bagi umat Islam, arah kiblat adalah syarat sah sewaktu melakukan ibadah solat. Kalau korang tidak mengikuti arah kiblat dengan betul, solat boleh jadi tidak sah tau.

Berita baik buat umat Islam, tahu tak korang berpeluang untuk menyemak arah kiblat ketika fenomena Istiwa A’dzam yang bakal berlaku pada petang 28 Mei ini.

Matahari tepat atas Kaabah

Menurut penjelasan Jabatan Mufti Negeri Perak, fenomena ini berlaku ketika matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah.

Cara semak arah kiblat

Cara untuk menentukan arah yang tepat, korang boleh merujuk kepada arah bayang matahari, di mana arah kiblat bertentangan dengan arah bayang.

Nah, kalau nak tahu dengan lebih jelas, korang boleh lihat perkongsian di Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak ini.

Bukan itu sahaja, peristiwa yang dijangka bakal berlaku pada tarikh 28 Mei ini lebih kurang jam 5.16 petang turut dikatakan bakal terjadi pada 16 Julai, jam 5.28 petang.

Sebenarnya, korang boleh menandakan arah bayang 2 hari sebelum atau selepas tarikh tersebut. Malah, dalam tempoh 10 minit sebelum dan selepas waktu yang dinyatakan.

Ini kerana, bayang yang kelihatan masih berada di arah kiblat.

Kalau korang masih terpinga-pinga dan tidak faham bagaimana nak semak arah kiblat, korang boleh saksikan video ini di YouTube:

Sumber: Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, YouTube Aku Budak Survey

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending