Infozon
Istimewanya Kota Suci Madinah, Kini Diiktiraf Antara Bandar Paling Sihat Di Dunia

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf kota Madinah di Arab Saudi menjadi antara bandar paling sihat di dunia.
Kota suci bagi umat Islam itu meraih pengiktirafan tersebut selepas menerima kunjungan daripada sekumpulan pasukan WHO yang menjelaskan ia mematuhi segala standard piawaian global ditetapkan untuk menjadi bandar sihat.
Memetik laporan Arab News, Madinah juga dipercayai merupakan bandar pertama dengan populasi melebihi dua juta yang diiktiraf di bawah program bandar paling sihat WHO.
Pentauliahan WHO terbabit disediakan oleh sebanyak 22 agensi kerajaan, masyarakat, badan amal dan sukarelawan yang membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.
Program bersepadu Madinah itu merangkumi perkongsian strategik bersama Universiti Taibah bagi merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bertujuan sebagai kajian WHO.
Sementara itu, WHO turut memberi cadangan supaya Universiti Taibah menyediakan latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat untuk menyertai program bandar sihat.
Jawatankuasa terlibat dipengerusikan oleh Presiden universiti berkenaan, Dr Abdul Aziz Assarani yang mengurus seramai 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.
Kriterianya termasuklah memenuhi tujuan ditetapkan oleh Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program ‘Bandar Berperikemanusiaan’ atau ‘Humanising Cities’.
Berdasarkan penilaian WHO, ‘kota yang sihat adalah kota yang mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka secara berterusan’.
Justeru itu, kota Madinah memenuhi kriteria yang ditetapkan sekali gus berjaya diiktiraf sebagai antara kota paling sihat di dunia.
Betapa istimewanya kota suci, yang juga merupakan tempat di mana terletaknya makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ini sehingga mendapat pengiktirafan sedemikian di seantero dunia. Subhanallah!

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon12 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit