Connect with us

Cute

Isteri sarat mengandung, suami sanggup jadi ‘kerusi’ semasa tunggu giliran

Bagi setiap wanita yang berkahwin, pastinya mereka menginginkan seorang suami yang memiliki ciri-ciri mithali disamping mencintainya setulus hati.

Tidak terkecuali bagi seorang wanita ini dimana dirinya dianggap bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat prihatin.

Sanggup dijadikan sebagai ‘kerusi’ asalkan isteri dapat duduk

Menerusi sebuah rakaman video, terdapat seorang lelaki yang sanggup menjadi bangku apabila melihat si isteri tidak selesa setelah lama berdiri menunggu giliran di hospital.

Melihat keadaan itu, dia segera mempelawa isterinya untuk duduk di bahagian belakang badan supaya isterinya itu dapat merehatkan diri tambahan pula sedang sarat mengandungkan anak mereka.

Ternyata lelaki tersebut boleh disifatkan sebagai suami yang mithali apabila sanggup melakukan apa sahaja demi keselesaan isterinya.

Tindakan itu telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata mereka memberikan pujian buat lelaki tersebut.

Sumber: Lobak merah

Continue Reading
Advertisement

Trending