Connect with us

Infozon

Isteri Sakit Hati Uruskan Harta Peninggalan Arwah Suami, Tetapi Akhirnya Satu Sen Pun Tak Dapat

Apabila suami mati, kebiasaannya menjadi adat orang Melayu mengadakan kenduri arwah selama 2 hari berturut-turut. Anda menjemput kariah masjid dan sanak saudara yang mengenali arwah suami. Awal–awal sudah tidak betul.

Disitulah anda dapat lihat mereka yang tidak pernah jenguk, ziarah atau melawat anda turut hadir membantu menguruskan kenduri. Rasa syukur pun ada, betullah orang kata musibah merapatkan silatulrahim.

Hari kedua berlalu, hari  ketiga selepas kenduri adik beradik suami datang berjumpa anda. Anda pun berasa bersyukur kerana ada ipar yang mengambil berat tentang anda dan anak buahnya. Tetapi mereka bertandang bukan untuk menziarahi anda, tetapi sebaliknya mahu menuntut harta pusaka peninggalan arwah.

Masalah, masalah, masalah. Sakit jiwa. Tanah kubur masih merah, sedih pun masuh belum hilang lagi. Terlintas di hati seperti mahu memangggil arwah saja untuk bincang dengan mereka.

Mereka bercerita bab faraid isteri hanya 1/8 secara panjang lebar. Bila bab harta pusaka, tiba-tiba boleh pakar, kalau suruh jalankan tanggungjawab yang Allah SWT berikan tidak pula mahu ikut.

Bermulah drama perebutan harta pusaka suami yang tiada kesudahan.

Anda juga tidak mahu mengalah, terpaksalah menguruskan harta pusaka sendiri. Walaupun mempunyai kekangan dari segi masa dan kewangan, tetapi mahu buat macam mana, bila terfikirkan nasib anak-anak. Terpaksa.

Teringat pada pesan arwah suami, duit dalam akaun bank untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan harian. Tetapi bila pergi ke bank mahu keluarkan, pegawai bank minta surat kuasa pula sebab akaun bank arwah sudah disekat.

Dengan perasaan pilu, anda ke Pejabat Pusaka Kecil di Pejabat Tanah bagi mendapatkan kuasa tadbir, anda perlu isi borang Biacara Kuasa atau Borang A. Maklumat yang diperlukan adalah seperti maklumat si mati, harta si mati serta maklumat waris-waris mati. Semua maklumat di atas memerlukan salinan kad pengenalan waris, salinan maklumat harta dan surat mati si mati.

Setelah setiap salinan disediakan, isteri perlu mendapatkan tandatangan setiap ahli waris. Aduh, masalah lagi. Selagi ahli waris tidak tandatangan, proses perbicaraan harta pusaka tidak boleh dimulakan. Ada juga yang sengaja tidak hadir ke mahkamah untuk melambatkan proses perbicaraan harta pusaka.

Tambah parah lagi, baru anda tahu adik-beradik suami juga mempunyai hak dalam harta pusaka. Bukan senang rupanya mahu menguruskan bab harta pusaka ini bila si mati tidak membuat perancangan harta lebih awal.

Tiba-tiba ayah atau ibu mentua pula tidak mahu tandatangan sebab termakan hasutan ipar, bagaimana? Bayangkanlah, anda terpaksa menghadapi masalah sebegini pula, kesedihan kehilangan suami belum hilang, mahu memikirkan lagi urusan anak-anak.

Anda dan anak-anak didesak untuk melepaskan bahagian faraid.

Didesak membayar bahagian faraid bagi rumah jika mahu terus tinggal di rumah pusaka suami. Masalah, mana nak cari RM200,000 tunai?

Sudah tidak tahan hidup macam neraka, Akhirnya, anda dan anak-anak keluar sehelai sepinggang saje. Bila sudah jadi macam ini baru nak fikir tentang orang tersayang? Sudah terlambat.

Tiba-tiba datang seorang hamba Allah menyatakan suami berhutang dengannya puluhan ribu ringgit atas urusan perniagaan. Masalah lagi, siapa yang kena tanggung hutang si mati? Anda juga, merempatlah, kerja siang malam untuk bayar hutang si mati.

Teringat pesan suami guna duit Tabung Haji / KWSP / ASB / Takaful untuk membayar hutang. Bila pergi semak, penama atas nama ibu mertua pulak. Masalah… orang kita ingat penama adalah Pemilik kepada harta tersebut, sebenarnya TIDAK!!! Jadi anda pon biar jelah, malas nak gaduh lagi..

Pesanan Imam Ghazali “Setiap orang Islam hendaklah menulis wasiat setiap kali sebelum ingin tidur malam”.

Allah juga menegaskan orang yang telah menyesal di akhirat kerana tidak berwasiat dalam ayat Yasin 36, ayat 50.

يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً وَلَا إِلَى أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ

Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

  • Anda sanggup menyusahkan keluarga yang anda cintai?
  • Anda sanggup biarkan anak – anak merempat menagih simpati?
  • Anda sanggup biarkan pasangan berhempas pulas menyelesaikan masalah birokrasi yang tiada kesudahan?
  • Anda sanggup harta yang anda kumpul selama ini dirampas oleh individu yang tidak bertanggungjawab?

Fikirlah nasib orang tersayang…

Percayalah, duit boleh dicari, tetapi kesusahan yang anda tinggalkan akan memberi kesan yang sangat mendalam pada hati anak – anak, pasangan serta ibubapa anda!!!

Bayangkanlah jika sebelum ini mereka boleh bergembira dengan kelebihan harta yang anda cari, dengan sekelip mata sahaja ia boleh berubah menjadi bala yang tiada kesudahan.

Kenapa anda perlu berwasiat.

1. Dengan izin Allah SWT segalanya akan dipermudahkan kerana Majlis Agama Islam Selangor mempunyai semua rekod harta untuk diuruskan, waris juga tidak perlu bersusah – payah untuk berurusan dengan Amanah Raya, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Syariah dan seumpamanya kerana anda sudah melantik Majlis Agama Islam Selengor sebagai wasi (pentadbir). Tahniah kerana memudahkan urusan waris.

2. Banyak perkara dapat diselesaikan cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.

Kenapa perlu hibah tunai.

  1. Mengelakkan diri daripada memakan harta secara haram
  2. Sebagai aset cair
  3. Menyelesaikan hutang arwah
  4. Sebagai dana membiayai proses tuntutan harta pusaka
  5. Milik mutlak penerima hibah
  6. Terkeluar daripada pembahagian faraid
  7. Mengekalkan aset sedia ada

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending