Connect with us

WTF

Isteri Kemas Peti Ais, Terkejut Jumpa Kacang Hijau Yang Luput Pada Tahun 1999

Kebersihan daalam sesebuah tempat tinggal, sering kali dan wajib untuk dititik beratkan. Lebih-lebih lagi, perkara yang melibatkan asperk kebersihan makanan dan paling penting cakna dengan tarikh luput dengan setiap barang yang sudah disimpan.

Satu kejadian yang melucukan baru-baru ini, sepasang suami isteri dikatakan telah menjumpa sebungkus kacang hijau yang ditemui mereka ketika sedang mengemas peti sejuk. Cerita mengenai sebungkus kacau hijau ini telah mencuit hati rata-rata netizen sehinggakan perkongsian ini mendapat hampir 24,200 ulang kicau di Twitter.

Dah hampir 20 tahun luput rupanya!

Menjadikan perkongsian tersebut tular di laman Twitter adalah, kacang hijau tersebut dinyatakan sudah luput pada tahun 1999 lagi. Sebagi bukti kukuh, lelaki yang dikenali sebagai Paan itu telah memuat naik gambar tersebut berserta bungkusan kacang hijau tersebut.

Ramai yang tak sangka masih elok!

Menjengah diruangan komen perkongsian itu, ramai yang tidak menyangka bahawa kacang tersebut masih elok keadaanya yang tidak langsung rosak. Turut dilihat, ada juga yang meninggalkan komen-komen yang menghiburkan hati mengenai kacang tersebut.

Dah 20 tahun kacang tu hidup tapi…

“Kalau tanam ni jadi taugeh tak?”

“Mak aku pun sama jugak…”

Kalau mengemas, mesti peti sejuk tu dibuang juga!

“Aku pun tak lahir lagi masa tu…”

Perkara ini kemungkinan berlaku secara tidak disengajakan. Jadi, ambillah sedikit masa untuk membersihkan rumah dan buang barangan yang sudah tidak boleh dipakai ditempat yang sepatutnya.

Sumber: Paantastic.

Continue Reading
Advertisement

Trending