Sosial
Isteri Hamil Setelah 10 Tahun Menanti, Reaksi Si Suami Bikin Netizen Terharu

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sudah semestinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam keluarga.
Begitu juga dengan wanita ini, penantian 10 tahun untuk menunggu kedatangan cahaya mata sulung akhirnya berakhir selepas dia telah disahkan hamil tiga bulan daripada pihak klinik.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @babycayang giftbox di laman TikToknya, wanita itu sedang merakam reaksi suaminya selepas menghulurkan sebuah kotak hadiah di dalam sebuah kereta.
@giftboxbabycayang Alhamdulillah.. menghitung hari dari 10 tahun😇 Semoga Allah menjaga kita. Semoga kehadiran malaikat kecil membesar menjadi anak yang soleh ❤️ *baru nak share harini. #fyp #baby #babyboy #menghitunghari
Sebaik sahaja suaminya itu membuka kotak tersebut, dia begitu terkejut melihat isi kotak yang mengandungi kit ujian kehamilan berwarna putih serta sekeping gambar ultrasound bayi.
“Seriuslah?! betul ke ni sayang?!” soal lelaki itu.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 1.3 juta tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet sejak semalam dimuat naik di aplikasi itu.
Bagi mengesahkan kehamilan tersebut, lelaki itu telah membawa isterinya ke kilinik dan hasil pemeriksaan dari pihak klinik mendapati, wanita itu telah disahkan hamil anak lelaki, tiga bulan.
Terharu dengan keputusan kehamilan itu, dia telah menangis kegembiraan dan menghubungi ahli keluarga yang lain bagi memaklumkan khabar gembira tersebut.
Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat reaksi pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat pasangan suami isteri itu yang sangat sabar serta tabah sepanjang 10 tahun menantikan cahaya mata sulung.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendoakan pasangan yang sedang menunggu kehadiran malaikat kecil dalam keluarga akan dikurniakan anak soleh dan solehah.
Sumber: TikTok (BabyCayang GiftBox)
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita4 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments