Connect with us

WTF

Isteri Bakal Bersalin Bila2 Masa, Suami Kesal Kereta Dicuri Sekali Dengan Barangan Bayi

Saat paling penting dan dinantikan oleh pasangan suami isteri adalah ketika menyambut kelahiran anak yang pertama, sudah tentunya bakal ibu dan bapa berhabis wang bagi menyediakan persiapan buat bayi mereka.

Namun, ujian datang tanpa diduga buat pasangan suami isteri ini yang dikenali sebagai Muhd Syafiq dan Nur Aqmalrina, malang buat mereka apabila saat menanti kelahiran diuji dengan musibah pula.

Bini dah nak bersalin, kereta pulak kena curi

Menurut perkongsian di Facebook Muhd Syafiq, isteri hanya menanti waktu untuk melahirkan anak sulung mereka. Jadi, segala barangan bayi telah siap sedia diletakkan di dalam kereta, tetapi malangnay kenderaan tersebut telah dilarikan.

Barang baby semua dalam kereta

Sudahlah kereta pun dilarikan, malah kesemua barang bayi mereka juga hilang sekali kerana diletakkan di dalam bonet kereta yang telah dicuri.

Pencuri tak sempat tukar nombor plat lagi

Dalam maklumat terkini yang dikongsikan oleh Muhd Syafiq di Facebook, keretanya dapat dikesan dan diperhatikan nombor plat masih belum lagi ditukar.

Advertisement

Setakat ini masih belum ada maklumat daripada Muhd Syafiq berkenaan status kenderaannya yang hilang. Kesian melihat keadaan mereka suami isteri, sudahlah di saat begini terbatas untuk keluar membeli marah, ada juga yang masih tak berhati perut menganiaya orang.

Sumber : Muhd Syafiq

Continue Reading
Advertisement

Trending