Detik
Israel Tukar PM Baru, Belum Sampai Sebulan Gencatan Senjata Gaza Kembali Diserang

Biarpun belum sampai sebulan kedua belah pihak mengumumkan gencatan senjata, kini Gaza kembali diserang apabila Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza awal pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, tentera Israel menyasarkan serangan berkenaan di 1 lokasi yang terletak di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.
Serangan tindak balas terhadap belon-belon api dilepaskan dari Gaza
Menurut Pasukan Pertahanan Israel, mereka mengatakan bahawa serangan udara itu sebagai tindak balas selepas Israel dihujani belon-belon mengandungi gas mudah terbakar yang didakwa dilepaskan dari Gaza.
Pasukan bomba tempatan Israel berkata belon api itu telah menyebabkan sekitar 20 kebakaran di selatan Israel, selepas kerajaan baharu Israel memberi lampu hijau kepada nasionalis Yahudi untuk mengadakan perarakan kontroversi melalui Baitulmaqdis Timur.
Perarakan kontroversi “March Of The Flags” Yahudi Israel
Difahamkan lagi perarakan bendera Israel itu dilakukan bagi memecah belahkan Masjid Al-Aqsa, yang juga sebahagian daripada rancangan rejim pengganas Zionis dengan sokongan Amerika Syarikat (AS).
Terkini: Gaza kembali dibedil bom oleh Zionis selepas gencatan senjata diumumkan pada 21 Mei lalu. Lebih kurang jam 7 pagi waktu Malaysia tadi, sebuah bangunan di Khan Yunis dibom. Menurut Israel, mereka mengatakan bangunan itu adalah markas Hamas walaupun tiada bukti nyata. pic.twitter.com/vM6vbf6Rgq
— Ikhwan (@JatIkhwan) June 16, 2021
Seorang pengguna Twitter yang sering berkongsi perkembangan Palestin iaitu @JatIkhwan memuat naik video serangan bom yang disasarkan pada sebuah bangunan di Gaza, pada 1 pagi waktu Palestin (bersamaan 7 pagi tadi waktu Malaysia) itu.
Kononnya, serang bangunan markas Hamas
Selain itu menurut @JatIkhwan, Israel menyatakan bangunan yang diserang tersebut merupakan markas Hamas walaupun tiada bukti nyata.
Seakan bangga dengan ‘serangan’ tersebut, akaun Twitter Israel Defence Force (IDF) turut berkongsi video memaparkan imej satelit menunjukkan bangunan tersebut yang musnah dibom pesawat tentera zionis.
תיעוד מתקיפות צה״ל ברצועה: pic.twitter.com/kfSrUE1dBg
— צבא ההגנה לישראל (@idfonline) June 15, 2021
Untuk rekod, ini merupakan serangan udara pertama oleh Israel selepas Naftali Bennet dilantik sebagai perdana menteri baru 2 hari lalu, menggantikan bekas perdana menteri Benjamin Netanyahu.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian @JatIkhwan , rata-rata netizen memberi reaksi marah terhadap tindakan zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan dan mencabul perjanjian gencatan senjata sekali lagi.
Sama je walau tukar PM
Naftali Bennet ex-commando IDF
Bangga tunjuk kepada dunia
Baru je dilantik jadi PM dah mula serang
Zionis sengaja cari pasal!
Terdahulu, Israel dan pejuang Hamas bersetuju untuk gencatan senjata pada 21 Mei susulan serangan 11 hari tentera Israel di wilayah berkenaan yang menyaksikan lebih 260 penduduk Palestin terbunuh.
Sumber: Harian Metro, Twitter @JatIkhwan

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit