Connect with us

Infozon

Isi Tangki Penuh Punca Kenderaan Mudah Meletup?

Mesej teks yang sedang tersebar menerusi aplikasi mesej telefon pintar yang mendakwa tangki yang diisi penuh dengan petrol mungkin meletup akibat gelombang haba pada masa kini telah dibuktikan palsu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) Profesor Wong Shaw Voon berkata, khabar angin itu adalah tidak benar, memandangkan teknologi serta penyelidikan semasa telah memikirkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan tangki dapat menampung petrol dengan selamat.

Kereta Proton Exora terbakar yang dikaitkan dengan pengisian minyak penuh dan juga faktor cuaca panas di Malaysia

Kereta Proton Exora terbakar yang dikaitkan dengan pengisian minyak penuh dan juga faktor cuaca panas di Malaysia

“Industri automotif … biasanya akan mereka bentuk bahagian-bahagian yang mampu bertahan dalam pelbagai persekitaran. Sebagai contoh, keadaan cuaca di Malaysia, walaupun ia tidak sepanas cuaca di Timur Tengah atau musim panas di Amerika Syarikat,” katanya.

“Terdapat banyak keperluan yang diletakkan, dan menjadikan kereta berada dalam keadaan lebih selamat dan semakin selamat. Bahkan ketika mengepam minyak ke dalam kenderaan dalam penggunaan biasa, adalah sangat tidak mungkin untuk ianya meletup,” katanya.

isi-tangki-penuh-punca-kenderaan-mudah-meletup1

isi-tangki-penuh-punca-kenderaan-mudah-meletup2

“Terdapat juga mekanisme ‘penutupan automatik’ dalam reka bentuk pam yang akan menghentikan pengisian selepas petrol mencapai had tangki,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat sebahagian pemandu yang terus mengisi minyak kenderaan mereka walaupun selepas pam secara automatik ‘menutupnya’ kerana telah mencapai kapasiti maksimum tangki – satu amalan yang tidak digalakkan.

“Anda tidak perlu melepasi had atau anda akan berdepan limpahan petrol,” katanya.

Berikut merupakan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa di Dubai:

Dubai: Fire officials say there is no truth to a spate of emails circulating throughout the country claiming that full filling of petrol tank in your automobile can lead to an explosion in high heat.

Officials with Civil Defence in Dubai told Gulf News that despite temperatures reaching into the high 40C, gasoline in a car’s fuel tank cannot be heated to the point of self-combustionnn which is above hundreds of degrees Celsius.

A fire spokesperson said, “it’s not true. No warning has been issued, and it’s not dangerous to fill up the car’s tank no matter what the temperature is. Cars have their own safety systems when it comes to petrol tanks.”In recent weeks, emails sent by unknown sources have needlessly scared the public across the UAE that cars with full tanks might burst.

According to a statement issued by a car-rental firm yesterday, one email falsely warned “all car owners in the UAE not to fill the tank full because for the next few weeks temperatures will shoot up to 53-54 degrees Celsius and thus can cause the tank to burst”.

Mesej teks berkenaan secara palsu menasihati orang ramai untuk mengisi tangki minyak mereka kepada takat separuh kapasiti, dengan menyatakan bahawa tekanan haba akan menyebabkan tangki minyak yang penuh meletup.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul juga menafikan mesej yang mendakwa terdapat lima kejadian kenderaan dengan tangki penuh meletup disebabkan oleh haba dan kepanasan.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending