Connect with us

Infozon

Inilah Cara Wanita Menggoda Lelaki Tanpa Anda Sedari

Zaman ini, bermacam-macam perkara yang tidak pernah kita terfikir akan terjadi telah pun terjadi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Siapa sangka di zaman ini lelaki bergelar datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Si bapa pula boleh menerkam anak perempuan yang lahir dari rahim isteri sendiri?

Orang yang kita percayai seperti pengawal keselamatan yang dulu kita boleh harap, sekarang sudah berani memperkosa? Tidakkah mereka mempunyai rasa belas kasihan dengan darah daging mereka sendiri sehingga sanggup meratah kaum hawa yang nyata lemah dan tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki?

Sehinggakan wanita yang menutup aurat pun tidak terlepas dari menjadi mangsa nafsu mereka. Hakikatnya, semua tahu dan faham bahawa lelaki mempunyai nafsu. Walaupun hanya satu nafsu tetapi fokusnya lebih kepada nafsu seksual.

Sedarkah kita, sebenarnya ramai perempuan yang cuba mencabar nafsu lelaki? Bagaimana caranya? Dan ada diantara mereka berkata :

“Saya pakai tudung yang lengkap, menutup aurat dengan lengkap. Takkan saya masih menggoda lagi?”

Benar, kita dah sempurnakan penutupan aurat kita dengan pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tetapi di luar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini tanpa anda sedari.

Tunduk

Tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki. Setiap inci tubuh wanita adalah terlalu indah di mata lelaki.

Jelingan Mata

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian. Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?Apabila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (mungkin berjalan secara semulajadi), dan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

Senyuman

Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi. Seperti yang dikatakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Senyum adalah sedekah tetapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan? Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa? Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending