Connect with us

Infozon

Inilah Bahaya Berhutang Yang Harus Anda Tahu

Hutang, kehidupan masyarakat yang serba mencabar pada zaman kini menjadikan ianya hampir mustahil untuk mengelakkan diri daripada berhutang,

Boleh dikatakan, hampir 99% peratus penduduk di dunia ini mempunyai hutang yang terdiri daripada pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi, kad kredit, ansuran kenderaan dan pembiayaan perumahan.

Tahukah anda, sebagai seorang muslim, anda diwajibkan untuk membayar kembali hutang-hutang anda dan tidak digalakkan untuk menangguh-nangguhkannya kerana hutang adalah sebuah perkara yang sangat berbahaya untuk kita semua. Apa bahayanya? Baca penjelasan di bawah ini:

Orang yang berhutang akan diibaratkan seperti seorang pencuri sekiranya beliau berniat untuk tidak membayar kembali wang yang dihutangi oleh beliau itu.

Rasulullah Saw memutuskan untuk mendahulukan penyelesaian hutang sebelum melaksanakan wasiat. (HR. Al Hakim)

Inilah Bahaya Berhutang yang HARUS Anda Tahu1

Keterangan:

Hadits ini merupakan petunjuk bagaimana tata urutan menunaikan harta warisan ketika seseorang meninggal dunia. Maka yang pertama adalah pembayaran hutang, lalu menunaikan wasiat, kemudian baru sisa harta warisan yang ada dibagikan kepada ahli waris.

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)

Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)

Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)

Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketentraman). Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Hutang.” (HR. Ahmad)

Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)

Keterangan: Kita dibolehkan untuk berhutang (hutang masuk universiti, hutang beli rumah, hutang beli kereta dan sebagainya) cuma sekiranya berhutang kena lah melunaskan hutang sebaik mungkin.

Seorang hamba muslim yang membayar hutang saudaranya maka Allah akan melepaskan ikatan penggadaiannya pada hari kiamat. (HR. Mashabih Assunnah)

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending