Infozon
Ini Sebenarnya Bahan Original Nak Buat Wasabi Yang Kita Tak Tahu

Pasta wasabi berwarna hijau sering menjadi perasa tambahan untuk makanan Jepun iaitu sushi atau pun sashimi.
Menurut seorang chef Hideki Chomei kegunaan wasabi ini adalah pada aromanya untuk menghilangkan bau hamis dan mentah pada ikan.
Aroma dan rasa wasabi sangat unik, bukan pedas biasa yang membakar mulut tetapi terus menangkap di hidung. Sesiapa yang baru mencuba untuk pertama kali pasti akan membuat mereka terkejut.
Orang Jepun percaya yang wasabi mampu membunuh bakteria di ikan namun sejauh manakah kebenaran itu tidak diketahui.
Tetapi tahukah anda, kebanyakkan wasabi yang digunakan adalah wasabi tiruan. Wasabi tumbuh berhampiran kawasan anak – anak air dan sungai dikawasan lembah di Jepun. Penanaman wasabi perlu dilakukan berhampiran punca air, namun tidak ditanam di dalam air.
Penggunaan wasabi pada asalnya adalah bertujuan untuk mengelakkan keracunan makanan daripada memakan ikan mentah – dan bukan kerana rasanya yang pedas. Ia dikatakan mula digunakan di daerah “Nara prefecture”, terletak di Selatan Jepun.
Bahagian yang digunakan pada tumbuhan wasabi adalah bahagian batangnya walaupun ramai yang menyangka ianya adalah bahagian akar atau rizom.
Pasta wasabi segar hanya boleh dibuat di Jepun kerana terdapat pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi dan salah – satunya adalah menggunakan air mata air.
Disebabkan wasabi merupakan tumbuhan yang sukar ditanam dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Wasabi tiruan dihasilkan menggunakan campuran horsedish, mustard, kanji dan juga bahan pewarna.
Gabungkan bahan tersebut dilabelkan sebagai wasabi, Horseradish menghasilkan rasa sengit seperti juga wasabi kerana mengandungi bahan yang sama iaitu isothiocyanate.
Perbezaan yang paling ketara antara kedua bahan ini adalah warnanya yang lebih terang berbanding wasabi yang mempunyai warna hijau semulajadi.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit