Connect with us

Infozon

Ini Kisah Mahasiswa Yang Terlajur

1.  Masuk sahaja Universiti, apply PTPTN semaksima yang boleh. Duit yang dapat nanti buat capital start-up and rolling purpose untuk tujuan sustainability and expansion of the business. Cari lagi seorang atau dua untuk JV bersama.

2. Daftar syarikat dengan SSM. Jalankan urusniaga dengan bersungguh-sungguh. Hasil dari jualan apportion baik-baik. Contohnya:

i.  50% daripada Hasil untuk Rolling Purpose + Expansion of business.

ii. 30% daripada Hasil guna untuk buka ASB Financing. Lakukan teknik Compounding. Dividen usah diusik. Jika 6 tahun anda menapak di Universiti tersebut, maka 6 tahunlah anda tak sentuh dividen yang terhasil nanti.

iii. 20% daripada Hasil guna untuk tujuan pembelajaran di Universiti.

3. Selepas 6 tahun, maka anda tamat belajar + Graduation. Belikan hadiah buat ibu + ayah anda guna sedikit dari hasil simpanan di ASB. Ingat, merekalah insan yang paling banyak berdoa untuk anda dan menolong anda sementelahan anda dalam tahun-tahun kegemilangan di menara gading.

4. Dah jumpa calon isteri yang betul-betul rasa serasi? Ingat, anda merupakan mahasiswa + usahawan + pelabur, mungkin ramai yang mendekati dan menjauhi anda selama 5 ke 6 tahun sewaktu di Universiti. Anda nilai sendiri, siapa yang terbaik. Di kala anda susah dan senang. Yang paling bijak, cuba teliti balik perjalanan kewangan anda diatas. Tiada pembahagian untuk ‘bersuka-ria’ selama 6 tahun. Makanya, jika si dia lah yg tak kisah untuk bersama-sama anda, pergilah terus jumpa keluarga dan ajak bernikah.

5. Duit belanja kahwin sudah jauh lebih cukup. Gunakan simpanan Dividen ASB yang tercompounding selama 5 ke 6 tahun itu tadi.

6. Masih ada lebihan duit Dividen ASB lagi. Gunakan untuk langsai hutang PTPTN.

7. Masih ada lagi lebihan duit Dividen ASB. Gunakan untuk deposit duit Rumah Pertama.

8. Terminate ASB Financing. Terima semula “Duit Prinsipal”. Park duit Prinsipal dalam buku ASB. Pastikan ada lebihan sebagai dana ‘Kecemasan’

9. Jalankan bisnes seperti biasa. Pelihara Disiplin ini. Kembangkan Bisnes. Anda bakal berjaya.

10. Setelah 6 tahun berhempas pulas bersama rakan baik anda di peringkat Universiti, melalui onaknya duri sebagai seorang mahasiswa/wi, pada akhirnya anda berjaya untuk:

  •  Memberi 1001 senyuman kepuasan kepada Ibu bapa.
  • Punyai Bisnes yang berjaya. Mengapa berjaya? Kerana setelah 6 tahun, anda masih berbisnes dan dapat mengekalkan momentumnya. Itu menunjukkan bisnes anda sudah matang dan boleh sustain.
  • Setelkan hutang PTPTN on the spot atau bayar bulanan & ujrah 1% tu..
  • Kahwin tanpa perlu buat personal loan dan pening-pening kepala.
  • Deposit Rumah Pertama. Convertkan simpanan ASBF yang telah diterminate kepada serving the Housing Loan untuk anda dan pasangan menetap.
  • Sediakan dana kecemasan seawal melangkah keluar ke dunia realiti.
  • Ikuti Sunnah Rasulullah iaitu berniaga.
  • Berjaya dalam pelajaran di Universiti. Dan sedikit sebanyak dapat elak diri dari terus hanyut.
  • Kurangkan bilangan Mahasiswa/wi menganggur.
  • Kurangkan Kes Perceraian akibat dari Masalah Kewangan.
  • Dapat Peluang + Ruang

11. Anda rasa susah wahai adik-adik Mahasiswa/wi? Ketahuilah, lepas habis universiti, realiti kehidupan adalah 100 kali lebih bersedia memberikan tamparan sulong menghinggap di muka anda. Saya bukan main-main.

12. Jadilah bijak. Sediakan perisai awal-awal. Sentiasa bersedia. Manfaatkan ruang dan peluang yang ada. Baca hipotesis di bawah:

“Semakin lama anda ambil waktu untuk bermula, semakin tercungap anda pada masa akan datang nanti, semakin kuat penampor buaya realiti kehidupan, semakin lambat anda nak rasa senang hati, semakin cepat rambut gugur..semakin pening akal memikir cara dan jalan keluarnya nanti.”

13. Exit Plan untuk semua yang kat atas ni? Belajar rajin-rajin. Lulus 1st class Degree. Convert PTPTN jadi scholar. Bayar sikit je. Tingkatkan sahsiah diri, belajar soft skill. Jadi seorang yang praktik. Bukan hanya pandai on paper sahaja. Tapi hancus di kerja luar. Yes, dapatkan pekerjaan mantap. Disiplin diri kena tiptop. Okay you are good to go. Slow and steady. Ingat, jangan gado dengan bos. Nanti bonus susah dapat. And gaji lambat naik.

“Stay in school. Don’t escape”

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending