Connect with us

Inspirasi

“Ini Gambar Terakhir Kami…” – Kisah Percutian Pemuda Ini Bersama Arwah Bapa, Cetus Rasa Pilu

Kita tahu yang pergi tidak akan kembali, namun seringkali kehadiran insan yang kita sayangi sentiasa bermain di ruangan mata dan jiwa.

Bukanlah tidak reda, tetapi hanya perasaan rindu yang tidak bernoktah sentiasa menerpa ke sanubari. Begitulah juga dengan seorang pemuda ini, yang menceritakan semula detik-detik akhir bersama arwah bapanya yang tercinta.

Menurut perkongsian pemuda menerusi Twitter, dengan nama Faris, telah membuka kisah percutian terakhirnya dia sekeluarga bersama arwah bapa yang baru seminggu meninggal dunia.

Difahamkan, arwah bapanya telah mengalami masalah kesihatan sejak 7 tahun yang lalu, namun di akhir-akhir hayat dia berkeras mahu pergi bercuti bersama keluarga walaupun doktor tidak menyarankannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian menyayat hati ini….

Percutian terakhir bersama ayah

Ayah plan nak ajak bercuti satu keluarga ke Melaka

Ayah kena tahan wad sebab sesak nafas, doktor tak bagi tapi ayah tetap mahu keluar sebab nak pergi bercuti

Happy dapat keluar wad, sebab terus pergi Melaka

Bawak ayah pergi naik beca…

 

Ayah macam merajuk sebab tak pergi cari kawan dia

Ayah sudah mula sesak nafas

Tolonglah bukan hari ini…

Ayah kena hantar dekat ICU

Keadaan ayah dah tenat sangat

Ada nadi lagi, tapi tak lama lepas tu…

Doktor sahkan ayah meninggal dunia

Ini gambar terakhir bersama ayah…

Takziah diucapkan, kepada Faris dan keluarga, diharapkan sentiasa kuat dan tabah menerima kehilangan ini. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.

Sumber : Faris

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending