Connect with us

WTF

Ingkar Arahan PKP, Kena ‘Spotcheck’ Jumpa Pula Dadah Dalam Kereta

Bukan satu pekara yang mudah untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini. Ia memerlukan kerjasama yang kukuh daripada segenap masyarakat dengan mematuhi saranan dan juga Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuatkuasa.

Sangat menyedihkan apabila, ramai lagi yang masih ingkar dan juga tidak endah dengan PKP yang berlanjutan sehingga 14 April 2020 ini. Bertambah saya apabila, saban hati dilaporkan terdapat peningkatan kes jangkitan dan juga kematian yang dilaporkan disebabkan oleh wabak COVID-19 ini.

“Mereputlah kau dalam lokap…”

Di Twitter, sebuah video telah dimuat naik sekaligus menjadi tular dikalangan warga pengguna laman itu. Dalam video berkenaan memaparkan seorang lelaki ditahan oleh pihak polis semasa roadblock dijalankan.

Sudahlah ingkar dengan arahan PKP, sewaktu spotcheck dilaksanakan di dalam kenderaan miliknya, pihak berkuasa menjumpai barangan terlarang dibawa bersama.

Macam mana polis tahu ada dadah?

Sudah tentunya, kecekapan pihak polis dan juga perlakuan lelaki berkenaan meraih perhatian warga netizen. Diruangan komen penuh padangan yang telah dilontarkan oleh orang ramai mengenai kejadian yang menimpa lelaki berkenaan.

Dadah jenis hermin 5 tu…

“Allah gerakkan hati polis tu…”

Askar pegang senapang…

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending