Connect with us

WTF

Ingkar Arahan Kuarantin! Indonesia Kunci Pesalah Dalam Rumah Berhantu

Geram dengan sikap individu yang melanggar arahan kuarantin, seorang ahli politik di Indonesia mengambil keputusan untuk menghukum mereka dengan meletakkan pesalah di rumah berhantu, lapor The Jakarta Post.

Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati mengeluarkan arahan tersebut berikutan kemasukan orang ramai secara besar-besaran ke daerah berkenaan selepas Jakarta dan bandar-bandar utama lain ditutup.

Bukan itu sahaja, terdapat sebilangan penduduk yang baru tiba tidak menghormati arahan untuk kuarantin diri selama 14 hari bagi mencegah penularan Covid-19 ke seluruh wilayah di pulau Jawa yang padat dengan penduduk.

Disebabkan kedegilan itu, beliau menetapkan lokasi seperti rumah lama, bangunan terbengkalai dijadikan sebagai penjara yang mempunyai unsur mistik untuk ditakuti pesalah kerana masyarakat setempat percaya pada alam ghaib.

“Setakat ini, lima orang dimasukkan ke penjara Sragen. Jika ada rumah berhantu yang terbiar dalam kampung, letak dan kunci mereka dalam rumah itu,” katanya.

Salah seorang pesalah Heri Susanto yang berasal dari pulau Sumatera berkata, hukuman tersebut belum membawa sebarang entiti mistik setakat ini.

“Tapi kalau terjumpa, tak boleh buat apa-apa. Saya sedar ini adalah untuk menjaga keselamatan semua orang. Ini pengajaran untuk saya,” ujar Susanto.

Sumber : The Jakarta Post

Continue Reading
Advertisement

Trending