Connect with us

WTF

Ingkar Arahan Berkuarantin, Polis Di India Sesah Penduduk Degil Guna Kayu

Ekoran wabak COVID-19 yang mencetuskan kebimbangan dunia, kerajaan setiap negara yang terjejas dengan wabak ini dilihat mengambil pendekatan dan mengarahkan rakyat mereka berkuarantin di rumah.

Namun, tidak semua insan di dunia ini patut dengan arahan yang berkuatkuasa dan perkara ini menjadi satu permasalah yang besar terhadap setiap negara. Jika masih terdapat masyarakat atau individu yang berdegil, tidak mustahil wabak ini akan terus merebak.

Di Twitter, seorang pengguna laman ini telah berkongsikan satu kejadian yang dikatakan berlaku di India ketika ini. Video tersebut telah memaparkan, bagaimana penguatkuasa di sana menjalankan tugas dan berurusan dengan individu-individu yang melanggar perintah kuarantin saat ini.

Dalam video berkenaan menunjukkan gelagat anggota polis di India memukul rakyatnya yang berkeliaran di luar rumah dan inkar dengan arahan berkuarantin. Individu yang dilihat berkeliaran akan dihalau oleh anggota polis ini dengan menggunakan batang kayu yang agak tebal dan panjang.

Sudah semestinya perkara ini nampak seperti agak kejam dan juga menyakitkan, tetapi ini adalah salah satu jalan penyelesaian untuk berhadapan dengan mereka yang berdegil tidak mahu duduk di rumah ketika saat genting ini.

Sudah tentunya, cara ini mendapat sokongan daripada sesetengah pihak, dan ada yang berharap inisiatif seperti ini dapar dipraktikkan oleh PDRM kepada rakyat Malaysia.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending