Connect with us

Infozon

Indonesia Diancam, Jangkitan COVID-19 Dijangka Meningkat 700,000 Kes

Wabak COVID-19 yang pertama kali kali telah dikesan di daerah Wuhan, China kini telah merebak dan menyebabkan kesengsaraan hampir satu dunia. Malah, wabak ini telah menjadi serius terutamanya kepada negara-negara barat dan mencatatkan bilangan kematian yang tinggi.

Mengikut hujan yang mengejutkan daripada pemerintah COVID-19 Indonesia, Achmad Yurianto yang menjangkakan jumlah kes di negara tersebut dijangka meningkat sehingga 600,000 hingga 700,000 menjelang hujung April.

Menurut laporan media tempatan,  kes COVID-19 di Indonesia dilihat semakin menaik daripada 60 sehingga 369 kes sehari. Malah,  Achmad Yurianto menjangkakan kes ini bakal terus menular dan memberi kesan kepada ratusan ribu warga Indonesia.

Oleh itu, sebanyak satu juta kit ujian bagi pemeriksaan berskala besar bakal ditawarkan oleh kerajaan Indonesia.

Dimaklumkan bahawa, ujian berskala besar ini cuma dikhaskan buat mereka yang berisiko untuk dijangkiti COVID-19. Manakala mereka yang tidak terdedah kepada wabak ini tidak dibenarkan untuk mengambilnya sesuka hati.

Sumber: Vocket.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending