Connect with us

WTF

Individu Yang Melumur Najis Manusia Pada Lif Pangsapuri, Diburu Oleh Pihak Polis

Gelaja vandalisma masih lagi berlaku walaupun negara kian menuju dunia pemodenan. Gejala ini yang pastinya, bakal menyusahkan komuniti setempat malah boleh menyebabkan kerugian yang besar jika kerosakan tersebut melampaui batas.

Perkara ini sendiri telah dialami oleh penduduk pangsapuri Taman Medan Jaya, yang terletak di Petaling Jaya. Semalam dilaporkan, salah sebuah lif yang berada di Blok D telah menjadi mangsa vandalisme.

“Motif lumur najis?”

Menurut perkongsian berita harian, lif di blok berkenaan telah dilumur dengan najis manusia oleh individu yang tidak bertanggungjawab.  Perkara ini telah disedari oleh salah seorang penduduk di apartment itu, yang pada mula terhidu bau tidak menyenangkan disekitar lif tersebut.

 

Tidak pernah terjadi sebelum ini…

Pembersihan mengambil masa sejam

Masih lagi tidak digunakan!

Individu tersebut diburu pihak berkuasa

Mengikut maklumat lanjut mengenui kes ini, polis kini mengambil serius dengan kejadian yang menimpa lif tersebut dan bakal membuat siasatan teliti untuk memburu individu yang dikehendaki.

Turut dilaporkan bahawa, sudah sering kali vandalisme berlaku sehinggakan, sebuah kereta hampir dibakar disebabkan perbuatan vandalisme ini.

Diharapakan pihak berkuasa dapat menjejaki si pelaku tersebut dan berikan balasan yang setimpal kerana telah menyusahkan ramai pihak. Ini juga sebagai pengajaran agar tidak memandang remeh mengenai isu vandalisme ini.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro.

Continue Reading
Advertisement

Trending