Infozon
Imigresen Tidak Halangan Warga Asing Ingin Pulang Ke Negara Asal

Tiada sebarang halangan untuk mana-mana warga asing yang ingin pulang ke negara asal sekiranya mereka tidak termasuk golongan tinggal lebih masa.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kebenaran itu diberikan kepada mereka yang tamat Pas Lawatan Sosial (PLS) sejak Januari tahun ini.
“Namun bagi mereka yang telah tinggal lebih masa sejak tahun lepas, golongan ini akan dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1,000.
Mereka perlu datang ke jabatan imigresen untuk mendapatkan pas khas dan membayar kompaun RM1,000 jika mereka tinggal lebih masa selama setahun. Dibayar oleh mereka sendiri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di sini hari ini.
Beliau juga berkata sekiranya warga asing itu didapati tinggal melebihi tempoh setahun, maka mereka akan dikenakan bayaran maksimum RM3,000.
“Kompaun maksimum ialah RM3,000 kalau lebih setahun. Jika mereka tinggal melebihi tempoh setahun, kompaun maksimum ialah RM3,000”. katanya.
Pada Jun lepas, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memutuskan warga asing yang pas lawatan sosialnya tamat tempoh semasa PKP boleh ke Jabatan Imigresen untuk mendapatkan lanjutan tempoh.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi warga asing yang pas lawatan sosial tamat tempoh ketika PKP Pemulihan (PKPP) pula, mereka boleh terus ke lapangan terbang untuk pulang ke negara masing-masing dalam tempoh 14 hari dari tarikh PKPP tamat.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat berkata Ketua Pengarah Imigresen boleh menggunakan perundangan sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana warga asing yang ‘tidak dikehendaki’ di Malaysia.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit