Cute
Ikutkan Kehendak Anak2, Bapa Sanggup ‘Camping’ & Berunggun Api Di Luar Rumah

Sebagai seorang bapa prihatin terhadap anak-anak, segala hajat mereka bakal ditunaikan walaupun permintaan tersebut kadang kala berada diluar kemampuan. Disebabkan perasan kasih terhadap anak-anak, pelbagai cara dan usaha bakal dilaksanakan untuk memastikan permintaan anak-anak bakal tercapai.
Di Twitter, usaha seorang bapa membawa tiga orang anaknya pergi ‘berkhemah’ sewaktu PKP berjaya menambat hati kalangan pengguna laman tersebut.
Idea dan kreativitif bapa ini juga turut menjadi pujian kerana dilihat sebagai tetap menunaikan hajat anak-anaknya yang mahu pergi berkhemah sewaktu PKP.
Lebih melucukan apabila empat beranak ini menghidupkan unggun api di luar rumah dan memanaskan tangan seakan-akan mereka berada pada cuaca di musim sejuk.
Di ruangan komen, ramai yang dilihat berseloroh dan juga memberikan pujian kepada bapa berkenaan tetap melaksanakan hajat anak-anak walaupun kekangan PKP melanda.
Ia mungkin nampak perkara yang sangat ringkas, namun pengorbanan dan usaha bapa ini terhadap anak-anaknya amatlah bermakna buat mereka. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim malah meninggalkan perasaan serta kenangan dalam diri anak-anak tersebut.
Sumber: Twitter.

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit