Connect with us

WTF

Ikut Trend TikTok Tak Pakai Bra, Sekumpulan Gadis Dikecam Warganet

Aplikasi TikTok sekarang sememangnya menjadi pilihan anak muda kerana pelbagai ‘cabaran’ boleh dilakukan demi meraih populariti walaupun perkara yang dilakukan amat tidak masuk akal dan memalukan.

Begitulah kisah dikongsi menerusi laporan Suara.com mengenai video yang tular di media sosial mengenai sekumpulan anak gadis di Indonesia yang bergambar tetapi tidak memakai bra.

MasyaAllah, ‘challenge’ jenis apa ini

https://www.tiktok.com/@heytriss03/video/6925357003594353922?_d=secCgYIASAHKAESMgow1OIa8FTVogButGuFilNX9wiagYZmZOqCJ7kpftTH7fkDBM5rD62dHcVzVMBeManRGgA%3D&language=en&mid=6920196126175939329&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAiaEoIvCKdJ0qg5DYSeX_aNY3lx6wMUtzHQQrL4hgvcmNQsbA4iW1TKHDtmrc3CZw&share_item_id=6925357003594353922&share_link_id=2DE7DDFA-6966-4E85-BA6F-16142ED317A5&timestamp=1612605667&tt_from=whatsapp&u_code=d60f40a2ke7a55&user_id=6684589088522109953&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=whatsapp&source=h5_t

Perkongsian dimuat naik oleh pengguna bernama Trisna memperlihatkan enam gadis berhijab memakai kain batik, berbaju hitam dan berkaca mata hitam sedang berposing. Namun, apa yang mengejutkan kesemua mereka mengakui tidak memakai pakaian dalam.

Tindakan tidak senonoh dan memalukan itu telah mengundang kecaman dan kemarahan netizen kerana menyifatkan kesemua mereka seakan-akan hanya mahu mengejar populariti di media sosial.

Bila tegur cakap dosa masing2

Bertaubatlah anak muda

Video berdurasi 12 saat itu menerima jutaan penonton dan ribuan komen diberikan. Macam-macam betul ya ‘trend’ sekarang. Janganlah mudah terpengaruh, fikir dulu maruah sebagai perempuan!

Sumber: Suara.com & TikTok Trisna

Continue Reading
Advertisement

Trending