Connect with us

WTF

Ikan Lumba-Lumba Hilang Gigi, Jadi Buta Akibat Dikurung Dalam Kolam Renang Selama 15 tahun

Kes ekspoiltasi dan keganasan terhadap haiwan bagaikan sudah temui jalan buntu. Walaupun sudah banyak tindakan dan gerakan daripada pelbagai pihak, namun ia seperti tidak memberi kesan terhadap aktiviti haram ini.

Dua ekor ikan lumba-lumba dilaporkan telah buta dan kehilangan hampir kesemua giginya. Ini dikatakan adalah kesan dan akibat ikan lumba-lumba tersebut dikurung dalam kolam renang di sebuah hotel selama 15 tahun.

“Dolphin Therapy” buat pelancong!

Ikan lumba-lumba berkenaan yang dikenali sebagai Dewa dan Johnny, telah dibela oleh sebuah hotel yang terletak di Bali, Indonesia dengan tujuan untuk mengiburkan pelanggan dan pelancong yang menginap di hotel tersebut.

Hotel tersebut dikatakan menyediakan khidmat “Dolphin Therapy” kepada para pengunjung dan menjadi salah satu tarikan di sana.

Dolphin Sanctuary Project: We just removed the last dolphin from the Melka Hotel Swimming Pool. Time to pull the plug and EMPTY THE TANK.#dolphinproject #jakartaanimalaidnetwork #FreeBaliDolphins #StopSirkusLumba

Posted by Ric O'Barry's Dolphin Project on Monday, October 7, 2019

Dipaksa menghibur pelancong

Bertambah menyedihkan, ikan lumba-lumba dipaksa untuk melakukan helah, persembahan dan berenang bersama-sama dengan para pelancong. Dikatakan lagi, selain dari ikan lumba-lumba tersebut, hotel tersebut turut menyimpan haiwan eksotik yang lain.

Antara yang dapat dikenal pasti adalah tiga ekor buaya air masin, ular, burung hutan dan beberapa lagi jenis binatang.

Mereka dah diselamatkan!

Pada bulan Ogos yang lepas, Dewa dan Johnny telah diselamatkan oleh sekumpulan aktivis yang dikenali sebagai Dolphin Project. Binatang dan haiwan eksotik yang terdapat di hotel berkenaan turut telah diambil dan dipindahkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, Indonesia.

Badan penuh calar balar dan trauma!

Tetapi malangnya, kedua-dua ekor ikan lumba-lumba berkenaan telah mengalami luka dan parut di seluruh tubuh badannya akibat toksik klorin dan lantai kolam renang sebelum sangat tajam dan kasar buat mereka.

Disebabkan itu, Dewa dan Johnny agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri kerana dikatakan mengalami trauma yang melampau, disebabkan oleh layanan yang teruk diterimanya selama 15 tahun.

Sewajarnya, hentikanlah perbuatan eksploitasi haiwan dalam pelbagai bidang.

Sumber: World of Buzz. 

Continue Reading
Advertisement

Trending