Connect with us

Inspirasi

Ikan Emas Peliharaan Hampir Mati, Gadis Ini Tetap Jaga Sehingga Sembuh

Kebiasaannya manusia akan membiarkan sahaja ikan peliharaan mati begitu sahaja, tanpa berbuat apa-apa kerana ikan peliharaan mudah dibeli dan diganti semula.

Namun berbeza pula dengan kisah ini apabila seorang wanita dari Thailand yang dikenali sebagai Kanya Tantiwiwatkul telah berjuang secara habis-habisan demi merawat seekor ikan emas peliharaannya yang hampir mati.

Dia yakin ikan emasnya akan terus hidup

Detik-detik cemas itu berlaku apabila dia menyedari bahawa bahagian ekor ikan emasnya mulai membusuk sehingga menampakkan tulang ikan tersebut.

Dia percaya ikan emasnya mempunyai peluang untuk hidup, dan dia telah sedaya upaya menyelamatkan ikannya dengan membawanya ke kedai peliharaan ikan yang berhampiran.

Baik buang je ikan tu!

Namun apabila dia tiba di kedai tersebut, pemilik kedai itu menasihatinya supaya membuang sahaja ikan emas peliharaannya kerana berasakan usahanya hanyalah suatu tindakan yang sia-sia.

Kecewa dengan tindakan pemilik kedai itu, Kanya bertekad untuk merawat sendiri ikan peliharaannya sehingga sihat.

Dalam tempoh enam bulan, dia telah merawat ikannya dengan memberikan ubat khas setiap hari. Kanya juga telah menukar air akuarium secara kerap, dengan harapan ikannya akan sihat seperti dahulu.

Kanya telah berkongsikan kisah tersebut di Facebooknya, sehingga mendapat perhatian ramai dan tular di laman sosial.

“Walaupun ekor awak tak sempurna, tapi ianya sangat kuat dan membolehkan awak berenang dengan baik. Awak sangat comel dan kuat, memang ditakdirkan untuk terus hidup. Saya percaya awak akan sihat tak lama lagi.”

Selepas kisah itu tular, seorang veterinar telah mengatakan ikan emas tersebut sebenarnya terkena jangkitan air sehingga menyebabkan badannya rosak dan membusuk.

Namun ikan itu bernasib baik, kerana anggota penting seperti usus masih kekal bertahan. Selepas jangkitan itu sembuh, ekor ikan tersebut mulai tumbuh.

Sumber: WorldOfBuzz

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending