Connect with us

WTF

Ibu Tertawa Kanak-Kanak Jatuh Kerusi Dikecam Netizen

Kecelakaan dan malapetaka datang tanpa mengira waktu dan tempat. Lebih-lebih lagi ianya boleh menerjah datang sewaktu kita leka dan lalai dengan perkara lain dan tanpa disedari menimpa kepada orang tersayang.

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan seorang anak kecil yang jatuh kebelakang sewaktu duduk di sebuah kerusi. Mukanya yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi dan selamba itu mencuri tumpuan netizen.

@faramanis_ya allah nasib baik tak nangis, drama terokk anak @iamzukieee nih!! ##fypシ ##kidscomedy

♬ original sound – Farah Anis

Yang penting rakam dulu

Walau bagaimanapun reaksi spontan ibunya yang terus merakam anaknya jatuh itu sambil bergelak tawa telah mengundang kecaman netizen. Wanita itu dikatakan terlalu sibuk dengan telefonnya dan lebih rela meneruskan rakaman video berbanding membantu anaknya itu.

Advertisement

Avoid muka risau untuk elak anak panik dan menangis

Namun beberapa netizen membela dan menyokong tindakan si ibu yang mahukan anaknya tidak panik dan menangis sekiranya terus meluru ke anak dan menunjukkan muka risau. Malah menurut mereka lagi, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak.

Manakal seorang netizen pula berkongsi pengalaman mengenai anak kenalannya yang jatuh kerusi sehingga disahkan mendapat pendarahan otak. Wala bagaimanapun anak itu selamat namun mendapat kesan sampingan iaitu matanya juling sehingga ke hari ini.

Sementara itu, kanak-kanak itu dilihat meletakkan kaki ke atas meja dan menggoyangkan kerusi ke depan dan kebelakang sebelum terjatuh kebelakang. Pada masa itu semua dewasa di meja makan sedang fokus dengan perkara lain.

Sumber: TikTok @faramanis_

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending