Connect with us

WOW

Ibu Terpaksa Panggil Polis, Gara2 Anak Degil Tak Mahu Duduk Rumah

Perintah Kawalan Pergerakan dibentuk untuk memastikan rantaian wabak pandemik COVID-19 ini dapat diputuskan. Namun, masih lagi terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih enggan mengikuti PKP yang berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020.

Disebabkan itu, pihak PDRM & ATM terpaksa bertindak dengan lebih tegas demi kesejahteraan bersama. Namun, amat menyedihkan sebilangan masyarakat di luar sana sanggup bertindak agresif dan tidak menghormati tugas para anggota beruniform ini.

“Mak tak dengar, pak saudara tak dengar, apa nak jadi?”

Itu antara kata-kata nasihat dilontarkan oleh Ketua Polis Balai Lenggong, Inspektor Mohd Ropiza Hassan terhadap seorang remaja lelaki yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Kuak, Perak.

Video perbualan antara pegawai polis bersama remaja berusia 15 tahun itu tular di media sosial yang sudah beberapa kali tertangkap kerana meninggalkan rumah sepanjang tempoh PKP ini.

Dah banyak kali tertangkap rupanya!

“Duduk dalam lokap biar polis pantau sendiri…”

IbuĀ  yang meminta pihak polis nasihati anaknya!

Tiada tindakan yang dikenakan, hanyalah nasihat!

Macam nasihat antara ayah dan anak

 

Difahamkan remaja mengundang resah keluarganya yang sering kali keluar ketika PKP ini dijalankan. Malah, Ketua Polis Balai Lenggong itu turut nasihati remaja berkenaan untuk lebih memiliki rasa tanggungjawab sebagai anak sulung terutamanya setelah kematian bapa.

Ibu remaja ini berharap tindakan yang dilakukannya ini dapat menyedarkan anak lelakinya danĀ tidak lagi bersikap sambil lewa terhadap pematuhan PKP.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending