Connect with us

WTF

Ibu Muda Usia 18 Tahun, Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 13 Sampai Berkecai Otak

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, menemui ajal di tangan ibunya sendiri selepas dia dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Farlim.

Dalam kejadian tersebut, mayat bayi malang tersebut dikatakan dalam keadaan agak tragis, dengan otak habis berkecai akibat daripada hentakan yang kuat.

Ibu usia 18 tahun buang bayi

Berdasarkan laporan Berita Harian, ibu bayi malang yang baru berusia 18 tahun, dipercayai sebagai pelaku dan kini gadis itu telah ditahan polis untuk siasatan.

Penduduk jumpa nampak bayi otak berkecai

Mayat bayi itu ditemui oleh seorang penghuni apartmen berkenaan yang dalam perjalanan ke tempat kerja. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mengesahkan kejadian terbabit dan siastaan masih dijalankan.

Kesian bayi itu, apakah dosa sampai sanggup dibuang begitu sahaja. Diharapkan, tindakan lebih tegas diambil untuk menangani gejala seperti ini terus berlaku.

Advertisement

Sumber : Berita Harian & Info Roadblock JPJ/POLIS

Continue Reading
Advertisement

Trending