Connect with us

WOW

Ibu Muda Persis Anak Dara, Pemuda Disalah Anggap Bergambar Dengan Kekasih

Perkahwinan di usia remaja pastinya akan memberi kelebihan kepada seseorang apabila dapat menimang cahaya mata ketika masih lagi muda.

Bukan itu sahaja, sudah tentu apabila anak meningkat dewasa, kita masih lagi kelihatan seperti seumuran kerana perbezaan usia yang tidak terlalu jauh.

Ramai ingat bergambar dengan kekasih

Hal ini samalah seperti beberapa foto seorang remaja lelaki yang bergambar bersama ibunya dan disalah sangka sebagai kekasih kerana ibunya terlihat muda.

Perkongsian terebut dibuat oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Adam Daniall yang terkejut melihat gambar seorang lagi rakan media sosialnya yang bergambar mesra dengan seorang wanita.

Ucap selamat hari lahir buat ibu

Ternyata, gambar yang dimuat naik oleh Affadanial adalah dia bersama ibunya yang begitu muda dan terlihat seperti pasangan kekasih.

 

Sebelum ini juga dia pernah memuat naik gambar bersama ibunya yang dipanggil mama dan turut mengejutkan ramai. Menerusi komen-komen di Twitter, ibu remaja tersebut adalah sekitar 40an dan masih bergaya serta bertubuh langsing seperti anak dara.

Dia yang mempunyai beberapa orang adik-beradik turut memuat naik gambar bersama mereka diruangan Twitter miliknya.

Hampir je nak kecam tadi

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan sumber dengan mengakui terkejut dengan gambar itu.

Namun begitu, mereka tetap memuji kecantikan ibu kepada affadanial yang masih kelihatan muda walaupun sudah mempunyai anak-anak yang sedang meningkat dewasa.

Mak dia memang nampak muda

Baru nak kecam rupanya memang mak dia

Sumber : Affadanial93, adam_daniall

 

Continue Reading
Advertisement

Trending