Connect with us

Inspirasi

Ibu Hadiahkan ‘Teddy Bear’ Dari Baju Datuk Tanda Kenangan Sewaktu Kecil

Selain ibu bapa, datuk dan nenek merupakan antara insan yang paling rapat dengan kita. Semestinya kebanyakkan daripada kita amat rapat dengan kedua orang tua itu kerana layanan mereka terhadap cucu-cucu amat menyeronokkkan.

Sudah tentu ada  sebahagian daripada kita mempunyai kisah yang menyenangkan semasa kecil bersama datuk atau pun nenek. Hal ini kerana mereka gemar memanjakan kita lebih daripada ibu dan ayah lakukan.

Permberian yang cukup bernilai

Menerusi satu perkongsian yang diperoleh di Twitter, seorang pengguna laman sosial tersebut telah memuat naik hadiah patung beruang atau teddy bear yang diterimanya daripada ibu tersayang.

Apa yang mengundang sebak warganet adalah teddy bear itu diperbuat daripada baju datuknya yang sering dipakai semasa melayan cucu-cucu ketika kecil.

Sentiasa bersama datuk tersayang

Josiah yang kini sudah dewasa menjelaskan menerusi Twitternya itu bahawa dia amat rapat dengan datuknya dan lelaki itu kerap melayani kerenahnya sejak kecil sehinggalah meningkat dewasa.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik juga telah memperlihatkan bahawa keakraban mereka sememangnya benar kerana sentiasa kelihatan gembira dengan aktiviti yang mereka lakukan bersama merujuk kepada posting gambar-gambar lama mereka.

Sehubungan dengan itu, teddybear pemberian ibunya amat bernilai kerana menjadikan satu kenangan yang berpanjang terhadap datuk tersayang kerana dibuat menggunakan baju-baju yang pernah dipakai oleh lelaki itu semasa bersama cucu tersayang.

Sumber : Josiah

Continue Reading
Advertisement

Trending