Connect with us

WOW

Ibu Dua Anak Jadi Wanita Pertama Disuntik Bagi Menguji Vaksin Covid-19

Sehingga kini, vaksin untuk mencegah Covid-19 masih belum ditemui. Dalam keadaan yang merisaukan ini, kita telah dikhabarkan dengan satu berita yang mampu memberi sedikit harapan untuk semua.

Percubaan pertama manusia bagi menguji vaksin untuk mencegah wabak tersebut telah dilakukan di Amerika Syarikat dan empat pesakit dipilih untuk menjalani proses tersebut.

Pesakit pertama yang menjalani eksperimen ini adalah ibu anak dua yang berusia 43 tahun. Vaksin diterima tidak akan menyebabkan Covid-19 tetapi kod genetik yang ditiru daripada virus itu boleh mendatangkan penyakit.

Jennifer Haller dan tiga pesakit lain menerima suntikan sama dengan dos yang berbeza. Mereka akan dipantau dengan teliti untuk melihat keberkesanan vaksin tersebut. Penyelidikan itu diketuai oleh ketua kajian Kaiser Permanente, Dr. Lisa Jackson.

Walaupun ini merupakan langkah pertama, Dr. Anthony Fauci dari Institusi Kesihatan Kebangsaan AS mengingatkan orang ramai bahawa vaksin mungkin tidak boleh digunakan untuk kegunaan masa 12 hingga 18 bulan.

Sekumpulan pengkaji lain juga sedang menjalani penyelidikan dan percubaan vaksin mereka sendiri dimana ia dibuat oleh Inovio Pharmaceuticals yang dijangka akan memulakan kajian pada bulan hadapan di AS, China dan Korea Selatan.

Sumber: World of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending