Connect with us

Cute

Ibu Buat ‘Patience Challenge’, Kesopanan Adik Kecil Ini Curi Perhatian Netizen

Baru-baru ini, di media sosial tengah trending pasal Patience Challenge, kalau nak tahu challenge ini sebenarnya menguji tahap kesabaran dan keinginan anak-anak yang masih kecil.

Nampaknya, ibu bapa di Malaysia juga turut sama melakukan Challenge ini dengan anak masing-masing, antara yang menjadi perhatian netizen adalah gelagat seorang kanak-kanak perempuan, dipanggil Tya, yang dikongsikan oleh ibunya di Twitter.

Comelnya awak ni!

Menerusi tweet ibunya dengan nama akaun Fiqa Roslan, memaparkan bagaiman Tya mengatasi keinginan untuk tidak mengambil gula-gula yang diberikan sehingga ibu sampai.

Apa yang membuatkan netizen lebih melting, Tya berjaya mengawal dirinya malah cara dia memberi respon kepada ibunya pun memang cukup sopan.

Sopan sangat dia tu

Dapat kita perhatikan, Tya seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel dan sopan sekali. Kalau perasan apabila skirt yang dipakainya terangkat, cepat-cepat dia betulkan. Membuat netizen kagum, kerana umur sekecil itu pun sudah tahu erti malu.

Pandai sabar dan tahu nak duduk elok2

Pandai dia tutup cepat2 skirt yg terselak

Bagus didikan ibu bapanya, semoga adik Tya terus jadi anak yang solehah dan sopan sampai dewasa tau.

Sumber : Fiqa Roslan

Continue Reading
Advertisement

Trending