Connect with us

Inspirasi

Ibu Bapa Maut Akibat COVID-19, Kakak Umur 7 Tahun Tabah Jaga Adik Baru Lahir

Baru-baru ini, sebuah kisah menyayat hati berlaku di India yang mana melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun terpaksa menjaga adik lelakinya yang baru lahir, sendirian.

Kisahnya bermula setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19.

Ibu meninggal selepas bersalin, bapa pula pergi tak sampai sebulan

Memetik laporan India Times, kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan bernama Nimatpur yang terletak di Bhogarai, India.

Difahamkan lagi, mendiang bapanya bernama Kamalesh bekerja di bahagian keselamatan East Coast Railway, Bhubaneswar.

Manakala, ibunya yang bernama Smita pula bekerja sebagai petugas kesihatan di sebuah hospital kanser Acharya Harihara, Cuttack. Kedua-duanya merupakan pejuang COVID-19 yang meninggal dunia kerana virus tersebut.

Advertisement

Sewaktu disahkan positif COVID-19, si ibu sedang hamil 9 bulan. Dia telah dirawat di pusat COVID SCB Medical di Cuttack.

Setelah 7 hari dalam rawatan, ibunya selamat melahirkan adiknya yang negatif COVID-19. Namun, genap seminggu selepas itu Smita ditakdirkan meninggal dunia.

Ditinggalkan bersama bapa & ibu saudara

Si bapa kemudian membawa anak-anaknya ke kampung dan menyerahkan mereka kepada abangnya Debasis serta kakak iparnya supaya boleh membantu mengawasi mereka.

Setelah menghantar anak-anaknya, Kamalesh melakukan ujian calitan COVID-19 dan keputusannya disahkan positif selepas kali kedua ujian.

Setelah berada di ICU selama lebih dari 2 minggu, akhirnya si bapa pula meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Jun lalu.

Advertisement

Sejak itu, kanak-kanak perempuan berkenaan dan adiknya telah kehilangan tempat bergantung dalam masa tidak sampai sebulan.

Masih boleh tersenyum walau kehilangan tempat bergantung

Video yang dikongsi oleh KNews Odisha yang memperlihatkan kanak-kanak itu dan adiknya telah membuatkan ramai netizen tersentuh hati dengan nasib yang dialami oleh kedua anak kecil itu.

Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan bayi yang baru lahir berkenaan tidak akan pernah mengenal kedua orang tuanya.

Dalam video tersebut, walaupun sedih selepas kematian ibu bapa tersayang, jelas kelihatan wajah polos si kakak yang tersenyum riang menghiburkan adiknya yang masih bayi itu.

Biarpun masih kecil, dia seakan sudah mengetahui tanggungjawab besar yang bakal dipikul, menggantikan tugas ibu bapa untuk membesarkan adik kesayangannya.

Advertisement

Jadi, dia harus kuat demi adik lelakinya itu.

Tonton video penuh:

Sumber: KNews Odisha, India Times

 

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending