Connect with us

Infozon

Ibu Bapa Dihalang Israel Untuk Melawat, Budak Palestin Derita Kanser Meninggal Sorang2

Seorang kanak-kanak perempuan, Miral Abu Amsha yang ibu bapanya dihalang oleh Israel untuk melawatnya di Tebing Barat meninggal dunia akibat kanser leukemia pada minggu lalu.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital di Palestin tanpa kehadiran ibu bapa di sisi yang semestinya mengundang sebak orang ramai.

Innalillah…

Pengarah Hospital Universiti An-Najah di Nablus, Dr. Kamal Hijazi berkata perkara itu meruntun jiwa mereka kerana Miral telah menunggu selama hampir dua bulan untuk menerima rawatan selanjutnya.

Tetapi disebabkan sistem pemerintahan dan hak rawatan dinafikan, anak sekecil itu mengalami penderitaan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Israel pisahkan kanak2 daripada keluarga

Seorang pengguna Twitter, Yousef mengatakan Israel sengaja memisahkan kanak-kanak yang menderita kesakitan daripada ibu bapa mereka untuk memberi tekanan kepada keluarga rakyat Palestin.

Rata-rata warganet turut bersimpati atas pemergian budak tersebut dan mendoakan supaya Israel akan mengalami kehancuran apabila tiba masanya nanti.

Tunggu balasan akhirat nanti

Sangat menyedihkan!

Salam takziah!

Tiada lagi Israel pada 25 tahun akan datang

Sumber : Haaretz , Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending