Infozon
Ibarat Jalani PKP Versi Sendiri, Usaha Rakyat Malaysia Elak Covid-19 Harus Dipuji

Sudah lebih lapan bulan rakyat Malaysia berperang melawan virus COVID-19 yang menular di seluruh dunia. Sepanjang tempoh itu, ternyata orang ramai semakin matang dan bijak mengendalikan situasi bagi mengelakkan virus berkenaan daripada terus merebak.
Pusat beli belah kosong
Buktinya menerusi posting yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, Facktura menunjukkan situasi di pusat beli belah One Utama yang sunyi tanpa pengunjung selepas salah seorang pekerja di situ dikaitkan dengan wabak tersebut.
https://twitter.com/facktura/status/1313053216255270913
Ibarat menjalani PKP versi sendiri, tindakan ini harus dipuji kerana rata-rata masyarakat mengambil inisiatif untuk mengelakkan diri berada di kawasan sesak dan tumpuan ramai.
Ini juga menunjukkan rakyat sudah mengamalkan penjarakan fizikal dan keluar hanya bila perlu bagi memutuskan rantaian wabak pandemik tersebut.
Seorang lagi pengguna Twitter, jyKeding juga tidak melepaskan peluang berkongsi keadaan di KL Sentral dan NU Sentral yang selalunya dipenuhi dengan pengunjung.
https://twitter.com/jyKeding/status/1313813856209174529
“Agak kosong lagi ya KL Sentral. Dekat foodcourt NU pun masa aku masuk ade dalam tiga empat orang saja pelanggan dalam tu,” tulisnya.
Berpakat ke?
Korang semua ni berpakat tak dtg Suria KLCC sbb Covid19 ke sbb mall ni dah tak relevan dan boring? Aku nak tahu jawapan.. pic.twitter.com/UaUyADaesw
— ayd (@AyiemDean) October 6, 2020
Sementara itu, posting yang dimuat naik oleh AyiemDean di Twitter juga turut memaparkan pusat beli belah terkemuka, Suria KLCC juga kurang dikunjungi orang ramai.
“Korang semua ni berpakat tak datang Suria KLCC sebab COVID-19 ke sebab mall ni dah tak relevan dan boring? Aku nak tahu jawapan,” tulisnya.
Tahniah rakyat Malaysia! Sama-sama kita teruskan usaha melawan wabak ini sehingga ke garisan penamat dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.
Sumber: Twitter facktura , jyKeding, AyiemDean

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit