Cute
Ibarat Bangkai Bernyawa, Si Kaki 3 Kini Lebih Debab Lepas Dijaga Insan Prihatin

Pada tahun 2016, seekor kucing jalanan telah ditemui tidak bermaya dengan salah satu kakinya yang mereput tinggal tulang. Kejadian yang menimpa kucing malang ini dikenal pasti berkemungkinan kerana digigit oleh anjing liar.
Kucing ini dikatakan berusaha mencari makan dan tempat perlindungan yang selamat, namun akhirnya dijumpai terdampar longlai di tepi jalan dengan keadaan kaki yang makin membusuk dan kritikal.
“Nasib baik ada insan yang prihatin…”
Kucing putih ini kemudiannya dibantu oleh pihak ALIR iaitu sebuah Persatuan Pencinta Dan Penyelamat Haiwan untuk diberikan pertolongan serta rawatan susulan.
Kaki mereput perlu dipotong…
Kaki yang terkena mereput dan terkena jangkitan tersebut perlu di potong dan pembedahan dijalankan setelah keadaan kucing berkenaan stabil. Pihak ALIR mengatakan mereka tidak pernah rasa menyesal untuk setiap pertolongan yang dihulurkan kepada haiwan-haiwan yang sememangnya memerlu bantuan.
Empat tahun kejadian ngeri ini berlalu dan kucing comel ini berjaya diselamatkan dari diambang maut. Kini, kondisinya lebih sihat berbanding waktu pertama kali haiwan ini ditemui.
Kita semua adalah ciptaan-Nya, sila hormat dan beri layanan
yang baik
Tunjukkan tanda sayang & sokongan terhadap mereka
Masyarakat dinasihatkan untuk tidak berlaku kejam terhadap setiap hidupan yang berada di atas muka bumi ini. Malah, adalah amat digalakan untuk sentiasa melakukan kebaikan diantara satu sama lain untuk membina hidup yang lebih harmoni.
Sumber: Facebook.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit