Connect with us

Infozon

Ianya Bermula Dengan Hanya Satu Pembunuhan

Kemudian aparat perisikan Malaysia masuk gear tinggi dan satu jaringan perisik Korea Utara runtuh dimana Assasin, spies, chemist, spy controller and planner, double agent telah di londehkan, di buru dan di tangkap.. Ada juga agen2 NK di percayai berjaya melarikan diri meninggalkan orang bawahan mereka, ada yang bersembunyi dan sedang mencari jalan keluar dari kepungan perisikan Malaysia dan ada yang dipercayai sudah pun membunuh diri.

Tak sampai dua minggu perisikan kita dapat rungkai dan runtuhkan spyring Korea Utara dan kini Indonesia juga mula mengambil langkah sama.

Jika kita lihat taktik menggunakan cecair beracun yang menyebabkan serangan jantung kita terbayang2 cerita James Bond. Tapi ini merupakan realiti.

Assasin NK mungkin telah merancang lama, dengan teliti pembunuhan itu. Mereka ambil kira faktor keselamatan yang ketat di KLIA, dan tidak mustahil sebenarnya rancangan pembunuhan di lokasi High Security macam KLIA bukan ramcangan asal mereka. Dan mungkin mereka sebenarnya terdesak di sebabkan gagal membunuh mangsa di lokasi yang kurang berisiko.

Dan di sebabkan terdesak maka mereka melakukan kesilapan, mengambil risiko yang amat tinggi dan melakukan pembunuhan itu di KLIA.

Mereka juga terlalu ambil mudah reaction time pasukan keselamatan Malaysia. Dan Perisikan kita bertindak sangat pantas.

Membunuh mengguna bahan kimia yang akan terlerai secara natural dalam tubuh merupakan taktik klasik perisik Korea Utara.

Agen2 perisik korea utara bukan sesuatu yang anda patut ketawakan atau pandang rendah.

Negara mereka merupakan negara paling terasing di dunia dan mereka hasilkan perisik yang paling bahaya.

Perisik NK di rekrut dari bangku sekolah lagi. Dan di pilih dan serta merta di hantar ke Universiti Khas di Korea Utara. Selama empat tahun mereka akan menerima pelajaran mengenai ilmu martial art, scuba diving, menembak dan memasang bahan letupan.

Perisik Korea Utara di hantar untuk Mati

Terlalu banyak kes di selurih dunia di mana perisik korea utara di hantar one way mission dan mereka sangat dedikasi. Kita akan sentuh mengenai motivasi di sebalik operasi berani mati mereka ni.

Perisik yang gagal dalam operasi mereka akan di hukum, seluruh keluarga akan di bunuh.

Hanya ada tiga jenis RaKyat Korea Utara yang bekerja di luar negara

“spies, slaves and hostages”

Dan mereka berada di mana2 di seluruh dunia. Perisik NK juga merekrut warga asing sebagai spy mereka. Contohnya dalam kes di KLIA merekrut warga Indonesia dan Vietnam, membayar khidmat mereka2 ini dengan wang dan harta benda.

Ini sesuatu yang Gomen patut ambil berat. Satu yang merbahaya apabila sebuah negara asing membayar dan melatih warga kerja asing yang kerja di Malaysia sebagai perisik.

Kesimpulan

Runtuhnya spy ring korea utara maka bermula lah satu era yang lebih gelap tentang hubungan Malaysia dan Korea Utara.

[su_label type=”important”]Sumber[/su_label]Malaysia Military Power

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending