Connect with us

Inspirasi

Hulur Air Zam Zam Buat Jemaah, Petugas Masjidil Haram Kutip Pahala & Rezeki Serentak

Avatar

Published

on

Kota Suci Mekah merupakan antara tempat impian yang ingin dikunjungi oleh setiap umat Islam. Tanah Suci itu merupakan tempat dimana para Muslimin menyempurnakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

Namun begitu, mereka yang diberi peluang bekerja disana lebih bertuah kerana dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci setiap hari disamping mencari susuap rezeki untuk keluarga.

Walaupun pekerjaan mereka dianggap enteng seperti mencuci lantai masjid dan memberikan air zam zam kepada para jemaah, mereka sebenarnya insan terpilih yang menyemai bakti di Kota Suci itu setiap hari.

Air zam zam untuk orang awam

Menerusi satu perkongsian video di Facebook, kelihatan seorang petugas yang sibuk memberikan air zam zam kepada jemaah di hadapan Kaabah.

Khidmat yang diberikan sememangnya memberi kemudahan kepada para jemaah kerana tidak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan air tersebut.

Zamzam

Posted by Masjid Al Haram on Monday, November 25, 2019

Memberi senyuman kepada jemaah

Berdiri sambil memberikan air zam zam kepada orang awam menjadikan pekerjaanya begitu menggembirakan kerana bukan sahaja memberi senyuman kepada para jemaah malahan sentiasa berada dalam lingkungan masjidil haram.

Sehubungan dengan perkongsian video tersebut, dapat kita simpulkan disini bahawa pekerjaan yang hanya terlihat rendah dimata sesetengah individu sebenarnya adalah yang paling mulia di sisi Allah S.W.T.

Hal ini kerana ia bukan sahaja memberikan kemudahan kepada orang awam malahan menjadikan kita orang yang beruntung kerana mencari rezeki sambil memandang Kaabah dihadapan mata.

Sumber : Masjid Al Haram

 

Continue Reading
Advertisement

Trending