Connect with us

WOW

Hujan Turun Ganti Jerebu, Rakyat Indonesia Buat Sujud Syukur

Setelah beberapa minggu berhadapan situasi kritikal jerebu, penduduk beberapa daerah di Indonesia meluahkan rasa syukur apabila hujan mulai turun sejak petang semalam.

Menerusi laman media sosial, penduduk kawasan seperti di Pekan Baru dan Kalimantan Tengah akhirnya dapat menarik nafas lega setelah ‘menghirup’ asap jerebu selama ini.

Rahmat hujan tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar dan kesan bahaya terhadap penduduk tempatan selepas negara seberang itu mengalami musim kemarau untuk beberapa bulan.

Menerusi sebuah video, kelihatan petugas yang memadam dan mengawal kebakaran hutan melakukan sujud syukur di kawasan kejadian.

Alhamdulillah!

Pak polisi turut bersyukur!

Terima kasih atas doa semua!

Semoga jerebu terus hilang!

Rahmat Allah!

Sumber : Twitter , Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending