Connect with us

Inspirasi

Hospital Kurang Sut PPE, Budak 10 Tahun Serah Semua Duit Tabung Hulur Bantuan

Pendemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini sudahpun memakan waktu hampir berbulan-bulan. Petugas kesihatan turut ramai yang sudah dijangkiti dan berasa lelah ekoran terpaksa bekerja lebih masa.

Namun ketika ini, apa yang lebih merisaukan adalah bekalan perubatan seperti sut PPE yang digunakan oleh petugas kesihatan dan anggota polis yang dilihat semakin berkurang diseluruh dunia.

Demi membantu frontliner

Oleh hal yang demikian, seorang kanak-kanak Indonesia telah melakukan satu perkara mulia dengan menderma tabungannya sejak beberapa bulan demi memastikan bekalan PPEΒ  petugas kesihatan mencukupi.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu muat naik Instagram Dayeuhkolot. Kanak-kanak lelaki itu menyerahkan wang tabungannya kepada pihak polisΒ  sebanyak Rp. 453.300 yang sudah dikumpul selama 9 bulan.

https://www.instagram.com/p/B_CJg30hEnz/

Pihak polis & keluarga rasa bangga

Perkara tersebut membuatkan ibu bapa dan anggota polis yang bertugas di daerah Bandung itu berasa bangga kerana kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun sudah mampu berfikir sebegitu.

Kanak-kanak tersebut memaklumkan bahawa tindakannya itu adalah demi membantu petugas kesihatan menghadapi Covid-19 di Indonesia selepas mendengar pihak hospital telah kekurangan sut PPe untuk merawat pesakit

View this post on Instagram

Beginilah alasan bocah 10 tahun Mohammad Hafidh yang ingin membantu kepolisian Sektor Dayeuhkolot dalam membeli APD guna melindungi petugas dari Covid-19 dalam saat bertugas dengan uang yang ditabungnya selama 9 bulan. . . Cc @polsekdayeuhkolot1 @polrestabandung @divisihumaspolri @polda.jabar . Follow π—§π—œπ— π—˜π——π—œπ—” 𝙂𝙧𝙀π™ͺπ™₯ lainnya: @timediagroup || @infotibandung || @infotisoreang || @infotibuahbatu || @infotimohtoha || @infoticibaduyut || @infotirancaekek || @infotibanjaran || @infotidayeuhkolot || @infotibaleendah || @infotibojongsoang || @infotipameungpeuk || @infotiarjasari || @sabilulunganheritage || @tibanjaran || @lensabanjaran || @ayokitabantu.id _ #infotidayeuhkolot #tidayeuhkolot #Dayeuhkolot #TIMEDIAgroup

A post shared by DAYEUHKOLOT (@infotidayeuhkolot) on

Dalam kenyataan itu juga, ibu kepada kanak-kanak tersebut memaklumkan bahawa mereka turut mengalami masalah ekonomi kerana tidak mempunyai pendapatan ketika langkah berjaga-jaga ini di umumkan kerajaaan.

Namun, anaknya itu sejak dari kecil lagi telah diajar untuk berbuat baik dan memberi contoh bermanfaat kepada masyarakat.

Sumber : Dayeuhkolot

 

Continue Reading
Advertisement

Trending